"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, May 16

SATU JALAN SATU PEGANGAN

Sudah asam garam kehidupan.. apa jua masalah pasti akan melanda. Apa yang tersurat juga pasti akan terbukti akhirnya. ujang suka lihat bayang-bayang. Indah bukan??? Asalnya bayang-bayang datangnya dari cahaya. Bila sudah ada bayang maka zahir lah diri kita.. maka di sini segala asal diri kita akan terserlah jua akhirnya. Tapi tak mahu Ujang sesekali menjadi seperti anjing dengan bayang-bayang.. Cukup takut.. cukup gementar kerana kudrat Ujang tak takkan tertanggung oleh semua itu.
Ujang cuma ada satu pegangan, Ujang rela merasai pahit dan manis hidup di duniawi ini. Yup Ujang akur sekarang. Hidup dan mati.. jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan dan Ujang jadikan ianya satu pegangan dalam diri Ujang. InsyaAllah. Sebab satu yang ujang fahami sekarang.. segala takdir Tuhan yang telah menentukan.
Ujang sekarang tengah belajar untuk menerima sesuatu yang memang Ujang tak dapat terima. Sindiran dan cacian pasti Ujang akan terima jua.. Mulut manusia siapa tahu bukan?? Sindiran dan cacian tak kat dapat Ujang tepis.. ia datang bagai angin.. namun Ujang pasti tak kan tergoncang jiwa ini kerananya.. Insya allah itu nekad Ujang.
Satu pinta Ujang.. Ujang mahu cahaya terus menyinari Ujang. Sentiasa bergemerlapan. Cahaya yang pasti nyata.. cahaya yang pasti membawa seribu kepastian. yang mana pasti akan kekal hingga ke Syurga.. Amen..

Posted by Ujang_MD :: 5/16/2007 10:59:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.