"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, May 17

PASRAH...

Begitu banyak cerita....antara hari- hari yang Ujang lalui terlalu banyak pengalaman yang mendewasakan Ujang, sebenarnya Ujang rasa bangga walaupun kadang- kala ada derita yang terpaksa Ujang lalui. Kerana dah semua orang tahu ini lah lumrah kehidupan. Menjadi seorang insan di bumi Ilahi terlalu menguji kesabaran. Jika dulu mungkin ,Ujang merasa tertekan tapi kini semuanya sudah mematangkan diri sendiri. Semoga akan ada satu hari nanti di mana hidup Ujang penuh dengan kebahagiaan.
Hari demi hari mengajar Ujang untuk terus berdiri sebenarnya, semuanya antara sedar dan tidak. Hidup Ujang kini lebih bererti walaupun sedikit masa lalu kehilangan.....yang teramat Ujang sayang, pada Ujang itu sudah tertulis. Setelah sekian lama melalui detik- detik pedih, Ujang bangun semula untuk kehidupan akan datang. Ujang tahu.. Ujang masih mempunyai ibu yang tetap menyayangi Ujang. Kasih Makcik Zainung pada Ujang tetap utuh walau seringkali membebel tak tentu pasal pada Ujang.. Ibu mana tak sayang kan anak?? Marah kerana sayang... itu yang Ujang cuba sematkan..
Sunyi dan sepi tapi pada Ilahi Ujang tetap bersyukur kerana ada takdirNya yang mahu Ujang berkongsi segala kegembiraan ini bersama keluarga dan teman teman. Ujang kembali pada nawaitu yang ada dalam diri ini, mahu sayang dan terus menyayangi diri Ujang sebaik mungkin dari memberikannya pada insan lain kerana Ujang tahu Ujang lebih bijak menilai diri Ujang sendiri. Biar sunyi biar sepi Ujang akan terus pendamkan di hati kerana Ujang yakin ini yang terbaik. Ujang hadir di sini mengisi ruang yang pastinya kosong dalam sebuah kehidupan. Ujang percaya langit tak selalu mendung, moganya akan hadir bintang memberi sinar untuk Ujang, InsyaAllah. Moga sinar terus begemerlapan tanpa ada sedikit pun tercalit rasa kepiluan.

Posted by Ujang_MD :: 5/17/2007 08:50:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.