Setelah 977 entries yang Ujang buat selama ujang berblongging, akhirnya sudah tersedia tirai untuk Ujang melabuhkan bahteranya! Terima kasih kepada kawan-kawan kerana memberi semangat dan teguran sepanjang tempoh Ujang berblogging selama ini. Tidak sayang akan dunia blogging? Sama sekali jauh di lubuk hati, namun demi masa depan Ujang yang mendatang Ujang berkorban seketika. Andai kata selepas Ujang ke Sungai Buloh nanti masa mengizinkan untuk Ujang terus berblogging Insya-Allah akan Ujang sambung kembali.Mudah-mudahan!!
Ada ketikanya, Ujang tidak nampak atau tidak perasan kesilapan yang dilakukan. Hinggalah ditegur. Ada ketikanya kesilapan itu benar, tapi amat sukar untuk memaafkan. Namun ada ketikanya memang sedar, tiada apa-apa kesilapan yang dilakukan, tapi masih tidak dapat menerima hakikatnya.Ada ketikanya, akan terasa kehilangan, sedangkan sesuatu yang hilang itu ada dihadapan. Ada ketikanya tercari sesuatu yang lalu, sedangkan yang hilang itu telah lama terkubur. Janganlah terlalu banyak membanding Ujang, nanti sukar untuk membezakan, jangan terlalu banyak memilih Ujang, nanti tak tahu untuk membuat keputusan. It's better to be hated for what you are, than to be loved for something you are not.
Kenangan satu perjalanan yang tertinggal dalam ingatan. Tidak dapat di lepaskan oleh masa. Berbekas di minda, tertanam di jiwa. Kenangan sering menjadikan seseorang itu tidak kenal masa depannya. Kenangan boleh menerbangkan perasaan. Kenangan membuat seseorang itu sukar menentukan tujuannya.Setiap orang akan membawa sebahagian dari kenangan sebagai semangat. Dan dijadikan juga kenangan sebagai dendam. Ada yang menyimpan rapi di hati, di jaga dan di baja agar ianya tetap segar. Ada juga yang biarkan kenangan itu berlalu bersama detik masa, berterbangan dan bertaburan. Namun ada yang menutup setiap ruang kenangan dengan rapi, agar detik kenangan itu tertanam dan bernesan tanpa nama. Disebalik kenangan, bukan kesilapan masa yang datang. Mungkin sesuatu yang berlalu amat bernilai untuk di kenang, amat sayang untuk dibuang, dan amat pedih untuk di simpan.
Ujang rasa ingin seperti berlari ..mencari, sedangkan jaraknya terlalu hampir. Siapa tahu, hati sekecil ini berani memendam rasa. Siapa tahu, rahsia hati yang sering mencari di mana rindu itu. Atau hanya datang untuk menjahit semula resah yang kian terlerai dari langkah yang tersasar. Jika Ujang mahu diterima, Ujang harus belajar menerima diri sendiri...
Semoga kita berjumpa lagi! Nohktah terakhir Ujang hanya di sini!! Assalamualaikum wbt!!
Posted by Ujang_MD ::
6/27/2007 12:05:00 PM ::
1 Comments:
Semalam seperti ada sesuatu yang datang menyapa. Di saat perasaan ini melayang-layang dan rindu pada seseorang yang pernah singgah dalam kenangan. Tercari-cari dan tertanya-tanya dimanakah..disaat ini..!! Nostalgia yang tiba-tiba datang menjadikan rasa rindu menebal. Tak mungkin temui jawapan apa yang di cari, kerana pengalaman itu telah lama berlalu. Betul ke kata orang ' kalau kita asyik mengingati seseorang, seseorang itu juga sedang mengingati kita ..' Namun adakah satu kebetulan, di saat hati rindu berkata-kata, ketika perasaan resah mengingati, tampil semula dengan kenyataan. Apakah masih mempunyai rasa rindu seikhlas dulu atau sekadar menyingkap untuk melepaskan resah dijiwa kerana kekesalan.
Di sebalik awan hitam yang berlabuh, kelihatan cahaya bulan suram terselindung. Mengapa bulan seperti merajuk. Merajukkah bulan..di saat pungguk mencari cahayanya, seperti bulan semakin jauh, dan di saat pungguk memanggil namanya...seperti bulan biarkan sahutannya. Mungkin bulan sedang berduka di saat langit kian kelam. Adakah bulan sedang merindui, resah meninggalkan detik kenangan..Bulan perlu melepaskan rindunya di awan lalu. Sedarkah bulan betapa setianya si pungguk padamu. Merajuk bulan pada pungguk yang setia, bertemanlah bulan pada bintang yang sudi..dan berkasih lah bulan pada langit yang biru..bila Ujang merajuk, panggil pun tak bersahut, caripun tak berjumpa..
Penghargaan itu satu harapan, biarpun bukan anugerah. Apa yang Ujang miliki sekarang, mungkin dari apa yang pernah dijejaki dulu. Apa yang diperolehi sekarang, mungkin dari apa yang pernah dirasai dulu. Untuk berhenti dan berpaling pada kenangan, menjadikan waktu dan impian dihadapan terlepas pandang. Mengapa masih berpaut pada kenangan, sedangkan impian boleh digapai... Ujang sering merenung detik berlalu, tanpa disedari ada detik yang membuat hati tersentuh. Detik tertinggal itu bukan dengan rela dilepaskan kerana di sana pernah wujud sesuatu yang indah. Detik itu pernah muncul satu kekuatan. Sometimes we never know what we got, until it arrives and leaves us.
Namun bila Ujang berpeluang menjejaki semula detik lalu, pasti ada impian yang tertangguh yang masih belum tertunai. Tak mungkin detik masa dapat mengembalikan semuanya. Jangan cuba melepaskan apa yang pernah digengam, jika itu membuat hati berduka, tapi belajar lah menerima dan menyimpannnya kerana ianya mutiara dari pengalaman hidup yang pernah dikutip. Kerana tidak semua yang Ujang kehendaki akan menjadi milik Ujang, tetapi belajarlah menerima apa yang dimiliki, biarpun bukan yang Ujang kehendaki...
Posted by Ujang_MD ::
6/26/2007 11:48:00 AM ::
0 Comments:
Mungkin di suatu ketika nanti Ujang tidak berpeluang bercerita lagi. Mungkin di saat itu, Ujang tidak lagi ada di sini. Di ketika itu, detik waktu akan berlalu tanpa hadirnya diri Ujang lagi. Dan di detik itu, tidak perlu bertanya lagi kemana diri Ujang di saat ini...Hati ini, ingin sangat menangis. Tapi tiada air mata yang dapat menemani. Jiwa ini terasa sunyi sangat. Sedangkan semuanya ada di sisi. Hati yang sedih mencengkam, namun sukar untuk diungkaikan dengan kata-kata. Apa sebenarnya yang Ujang cari? Apa sebenarnya yang telah hilang dari hati ini?Detik yang ada Ujang biarkan berlari sendiri. Berita yang Ujang terima tak mampu memberikan Ujang senyuman. Apa sebenarnya yang Ujang pendamkan dan tak mampu diluahkan? Ingin Ujang melangkah berlalu dan di saat Ujang aturkan, mungkin hati Ujang akan kembali menangis sepuas-puasnya. Tiada pujukan dari rajuk Ujang yang panjang. Dan di akhirnya, tak mungkin Ujang dijejaki lagi. Mungkin hati ini terlalu penat untuk berfikir. Ada sesetengah perkara boleh dikongsi. Namun ada juga sesetengah perkara ingin kekal sebagai rahsia. Walau berkali di duga, berbagai cara di ajukan, namun ada ketikanya perlu di biarkan tanpa ada jawapan. Ada sebahagian dari kehidupan ini perlukan seseorang dan ada juga sebahagian kehidupan ini, perlu bersendiri. Bersendiri bukan bererti seorang diri dan sepi tidak bererti sunyi, ada ketika sepi itu amat indah untuk dikenang. Ada juga persoalan tidak pernah menemui jawapannya. Di ketika itu, Ujang sedar, sebenarnya jawapannya ada, namun tidak dapat diperjelaskan dengan kata-kata. Biarpun begitu, tidak semua persoalan akan menemui jawapan, dan tidak semua jawapan akan menepati soalan. Di dalam kehidupan ini, Ujang sering diberikan berbagai peluang dan pilihan. Ada ketikannya Ujang tidak sedar, yang datang itu peluang untuk dipilih hinggakan ianya berlalu. Namun ada ketikanya, sering didatangkan peluang itu berkali-kali. Tanpa disedari itulah peluang yang terbaik untuk Ujang. Dan disaat peluang itu tiada lagi, Ujang sering berharap akan menemui peluang lain sedangkan peluang itu seharusnya telah dibuat pilihan. Tak semua peluang itu akan datang berkali-kali, jika peluang itu datang lagi, mungkin tidak seindah peluang yang lalu..
Posted by Ujang_MD ::
6/25/2007 11:28:00 AM ::
0 Comments:
Di kaki gunung itu. Warna-warna indah bertaburan. Bunga-bungaan menguntum mekar berserakan di sana sini. Haruman semerbak bagai dapat dirasa. Berbagai spesis tumbuh melata. Rama-rama berterbangan turut hinggap di kuntuman yang ada. Silih berganti. Ohh indahnya.. pheww. sastera giler woo!!! Sambung lagi..
Nun di kejauhan, kelihatan sepasangan Adam dan Hawa berlari riang berkejaran di persada yang penuh pesona. Bagaikan betapa bahagianya mereka. Indah! Segalanya cukup indah, unik dan menakjubkan. Sukar untuk diungkap dan diterjemah dengan kata-kata.
Tiba-tiba...
Kosong. Hilang. Pandangan sekeliling lenyap. Hilangnya sudah warna-warna indah yang berserakan. Oh! Rupanya mimpi.
Wahai mimpi yang indah! Kenapa cepat berlalu?” Bisik si hati keci Ujangl sewaktu terjaga dari lena setelah subuh kian melewati.
Aduhai…hebat sungguh imaginasi yang menjelma. Penuh abstrak. Kalaulah semua itu adalah sebuah dimensi yang wujud di alam realiti, alangkah indahnya suasana hidup ini. Namun yang jelas, semua itu hanyalah sebuah mimpi indah yang terbantut lantaran dikejutkan oleh waktu yang akan menginjak ke siang di mana wujudnya sebenar-benar realiti kehidupan.
Mimpi itu mainan tidur” ujar Makcik Zainung. "Mimpi itu layar imaginasi, sesungguhnya ia sandiwara lena" Demikian pula ucap si pujangga.
Ya Ujang akui pelbagai andaian boleh ditafsirkan dengan mimpi. Cukup unik. Dan setiap dari kita mungkin akan mengalaminya. Di kala mata terpejam lena, ia mungkin hadir menjelma membawa pelbagai igauan lamunan, lantas menjengah ke lubuk minda dan memercikkan imbasan, mengintai sejenak ketakjuban alam maya.
Posted by Ujang_MD ::
6/24/2007 11:16:00 AM ::
0 Comments:
Sesungguhnya.. Airmata Ujang adalah penenang jiwa.Akan tetapi.. Berbaloikah air mata yang tertumpah kerana kasih dikecewa?? Perlukah ditangisi sebuah janji yang didusta?? Perlukah merana kerana cinta yang dinoda?? Persoalan lagi yang timbul di benak fikiran Ujang.. alahai!!
Jangan…jangan disiakan airmata itu Ujang. Jangan ditangisi kehilangan itu Ujang. Kelak akan merosak jiwa kerana cinta yang dusta itu tidak akan kembali memujuk hati yang lara dan kerana kasih yang hilang itu tidak akan datang merawat luka yang hiba dan pasti jua kerana janji yang dicipta itu tetap dusta.
Lantas... Ujang cubalah hentikan segala tangis hiba. Cubalah dirimu tersenyum meski pun terluka. Kerana pasti Tuhan juga tidak merestuinya. Mungkin ada rahmat di sebalik segalanya..
Posted by Ujang_MD ::
6/23/2007 10:49:00 AM ::
0 Comments:
Sungguh! Diri Ujang ini sebenarnya ingin melakarkan sesuatu yang bermakna di sini, namun kolam hati terus-terusan terusik. Mengocak dalam tenang. Terlalu banyak yang bermain di benak. Dalam senyum tawa yang terpamir di bibir, sanubari bisu tetap saja berbisik dalam diam menerawang mencari erti sebuah persoalan. Aduhai..hikmah apakah yang tersembunyi di sebalik segalanya ini?
Nun di dada malam, pada bintang jua pandangan ingin dilabuhkan untuk meluah sekelumit rasa. Namun nyatanya hampa. Bintang-bintang yang sering setia menemani, tiada kelihatan di dada langit kala ini. Barangkali masih bersembunyi di balik gebar awan.
Di waktu-waktu begini, relung hati yang sedia suram bisa saja membibitkan rasa sebal, sayu dan pilu. Pantas saja kelopak mata menakung titisan air jernih. Entah kemana hilangnya kekuatan diri.
Wahai malam yang suram, apakah kau tahu apa yang bermain di benak fikiran Ujang kala ini?
Andai dapat Ujang jelajah seluruh alam pasti akan Ujang bawa jiwa yang suram Andai dapat Ujang terbang tinggi melayang pati akan Ujang laung segala keresahan Andai dapat Ujang capai bulan mengambang pati akan Ujang jadikan ia sebagai peneman Andai dapat Ujang gapai bintang gemerlapan pasti akan Ujang jadikan ia sebagai penenang..
Oh...Ingin sesekali Ujang lontar segala duka. Ingin jua Ujang hanyutkan segala resah di jiwa. Pernah juga Ujang selusuri jalan-jalan bahagia. Semoga ketenangan kan muncul jua..
Posted by Ujang_MD ::
6/22/2007 04:33:00 PM ::
0 Comments:
Pernah tak terpikir, kalaulah boleh pegi balik ke masa yang kitatak boleh lupa??? masa lampau, your favourite past memories, masa dengan orang yang paling kita rindu. Mungkin ada yang berharap to be with someone who used to make them feel special in certain way, atau mungkin dengan family kita, atau mungkin masa kita di alam kanak-kanak atau zaman remaja dimana kita tak perlu risau pasal kerja, duit, hutang!!! Makcik Zainung pernah pesan.." ..nanti bila besar, jangan asyik nak kejar benda....sebab lagi kita kejar, lagi kita terlepas, benda ni kalau terlepas memang dah tak datang balik..kita hidup sekali saja..". Bila ingat pesan itu, Ujang bersyukur sebab Ujang faham apa yang dimaksudkan Makcik Zainung, bukan harta atau wang..tapi kenangan & amal ibadat. Ujang mengaku yang Ujang bukan baik sangat, sembahyang pun tak cukup lima waktu.. amal ibadat ni siapa pun tak pernah cukup, tapi kenangan masa kecik..... priceless!!! Tersenyum sorang diri bila teringat balik masa kecik dulu.. mandi sungai, tangkap ikan, pergi jerat cina tahan burung, main basikal, mandi laut, cari siput, tak buat keja sekolah, panjat pokok, curi buah kat kebun Mokcik Peah, kena ligan dengan anjing, kena libas dengan ranting kayu oleh makcik zainung, kena tengking dengan Pokcik Useng jiran Ujang sebab bahang anok dia, kena tumbuk dengan abang sebab jual buku komik dia huhuhuhu! Bangga Ujang, sebab Ujang boleh mengaku yang Ujang ni budok laki dok waras hahaha!!. Zaman sekarang ini, kalau tanya budak-budak, tahu berenang tak? tau buat lastik tak? pernah mandi sungai? mesti ramai yang jawab tak tahu! cuba tanya jenis permainan tradisional, jangan terkejut kalau ada yang jawab PS2, PSP, game boy & paling kuat pun layang-layang. Kenangan zaman Ujang dulu adalah paling best! Semua dengan kengkawan. Pregi ngaji, pergi semayang dekat surau, masjid masa moreh.... semua dengan kawan. Paling best masa kenduri, ratah ayam goreng, sup kaki ayam sambil dengar orang-orang tua cerita hantu. Tolong jadi bentara (tukang angkat hidang), dapat upah marhaban.... Kenangan yang tak mungkin Ujang dapat balik walau Ujang jumpa 'fountain of youth' sekali pun! Kadang-kadang bila duduk termenung...macam-macam Ujang pikir, Ujang pikir macam-macam kadang-kadang bila duduk termenung kan?kan?kan? Ujang pikir pasal hutang, pikir pasal perasaan. Pikir pasal masalah orang pun ada gak!Hahaha.. kan dah merapu!! Chow!!
Posted by Ujang_MD ::
6/21/2007 09:42:00 AM ::
2 Comments:
Seperti apa yang Ujang janji dengan Makcik Zainung semalam maka janji pun di laksanakanlah. Dalam keseronokan nak belanja Makcik Zainung nih.. jadi rasa bad mood pulak. Biasalah kalau tak cucu kesayangan dia tuh yang buat hal. Ujang memang geram dengan Shakira nih. Tak padan dengan pompuan.. mengalahkan jantan. Pernah Ujang cakap kat dia
"Buang Ujung kelentit mu tuh, tukar dengan adik awang nok??" Tapi biasalah kan.. kalau kata apapun kat mangkuk hayun tuh macam cakap sorang-sorang ler. Haram tak di layan. Ujang janji nak belanja Makcik Zainung jer bukannya cucu kesayangannya sekali. Tapi tak.. Cik Nung nih baik sangat.. di ajaknya Shakira sekali. Tak ke sakit hati.. Baru nak beramah mesra dengan Cik Nung naik motor.. alih-alih terpaksa naik kereta sebab Shakira nak pergi sekali. Maka di sebabkan geram yang amat sangatkan ...terpacul lah kata-kata ini dari mulut Ujang.
"Mok bakpe mung dok bawok sekali JOHN ngan ISABEL,"
Ujang dengan Makcik Nung kadang-kadang biasanya percakapan guna "mung" "aku" jer. Bila perati memang agak kasar kan?? Bila Ujang cakap macam tu dengan Mak. Tapi percakapan macam tu dah lali bagi Ujang dcengan Makcik Zainung. Kalau orang lain dengar pasti kata Ujang anok derhaka ehhe... Apapun Cik Nung tetap rock walaupun tiap-tiap malam sakit urat ehehe! Terus Makcik Zainung balas kata-kata Ujang tadi nih.. tak nak mengalah katanya.
Kucing giler
"Mu jangan cabor aku.. kang aku bawok sungguh kang"
Ujang diam terus. Malas nak bertegang urat saraf dengan Makcik Zainung sebab Ujang tahu dah malapetaka yang akan mengundang Ujang pabila melawan Cik Nung tuh.. Ouchh tak sanggup Ujang! Kang tak pasal-pasal riuh rendah satu kampung T##### D#####.
Yang buat Ujang geram lagi nih bila Ujang sebut jer pasal Kucing dua ekor tuh.. terus anak beranak tuh turun semula dari kereta.. Ujang tanya kemana nak pergi.. Dua- dua diam!! Ishh lama bebenor Ujang menunggu, terus Ujang masuk dalam rumah nih. Astarfirullah halazim!! Panjang Ujang mengucap. Apa nak jadi lah dengan dia orang nih.. nak tahu buat apa?? Haa... baca sendiri ler perbualannya.. Ujang malas dah nak repeat!!
"Shakira..ambil Tok sikat jap.... Tok nok sikat bulu JOHN nih.. abih luruh"
"Tok, ISABEL ngan JOHN dok makan agi, kite gie ambik nasi ek"
"Dok payoh wi nasik, kang Tok kabo doh.. mung ambik ikang buang tulang"
"Doh susu nok abih doh Tok, kite ambik susu Tin (Cap Teko) ahh.. kekgi kite bulu susu nespray"
"Ho ah... jangan wa panas sangat air tuh"
Sedih Ujang tengok dua orang nih. Ujang nak bising Ujang takut Makcik Zainung yang akan bising dulu. Jadi cara terbaik diam membisu dan menggelengkan kepala sudah! Ujang tak tahu lah apa istimewa sangat JOHN dan ISABEL tuh. Kalau ikutkan hati mahu buang jer. Lama Ujang menunggu.. pastu dengar lah Makcik Zainung bersuara.. jom ahh nok pi makang.
"Sudoh doh Mok wi makang ke anok angkat mung?"
"Mung jangan nok cakap banyok. ada aku suruh mung ker?"
Ujang diam je lah malas nak layan. Bila dah macam nih.. geram ada .. dendam kesmuat pada Shakira makin tebal.. tapi sempat jugak Ujang sekeh kepala dia time nak masuk kereta hehee!! Makcik Nung hanya makan ikan bakar dengan Tom Yam.. Si Shakira tuh makan nasi goreng.... Ujang pulak?? hehehe... makan hati ehhe!! Tak ler.. Ujang makan nasi ayam ehehe!! Sebelum balik sempat lagi Ujang cakap kat Makcik Nung..
"Mok , tak mboh bungkus tek makanan ke anok mung dua ekor kat rumoh?"
Belum sempat Cik Nung menjawab cepat2 Ujang masuk kereta hehe!! Dah tahu bala kalau masih tercegat kat situ. Apapun Ujang puas hati.. janji Ujang pada mak dah Ujang laksanakan!!
Posted by Ujang_MD ::
6/20/2007 11:37:00 AM ::
0 Comments:
Hari ini Ujang tak berapa sangat busy nya. Alhamdulillah..setelah 2 hari Ujang duk belenggu dengan result pemeriksaan HIV, HEPATITIS B dan Pemeriksaan Air Kencing(Dadah) akhirnya hari ni alhamdulillah semuanya ok keputusannya all Non Reactive. Syukur sangat-sangat! Kenapa Ujang takut?? Sebabnya dulu mungkin Ujang pernah buat salah.. mana tahu kan?? Semakin cepat masa berlalu..Dah lama dah Ujang nak berhijrah ke tempat orang. Syukur sekali lagi.. Ujang akhirnya tak jadi ke Sarawak.. Hanya di Sungai Buloh.. Syukur sangat-sangat. Entahlah sebab happy sangat hari ni kut.. Ujang boring-boring habis gambar Ujang di photoshopkannya hehe!!
Rasanya tengah wat apa tu ek??
Baru sudah berkhatan ker? Muahaha
Saat yang paling best.. menggeliat.. arghh syok weii
Hari ini Ujang happy sangat.. Ujang tak sabar nak bagi tahu Makcik Zainung.. Ujang dah janji dengannya nak belanja makan Tom Yam malam nih.. Ouchh.. Makkkkk!!!!
Posted by Ujang_MD ::
6/19/2007 01:21:00 PM ::
1 Comments:
Ujang amat busy sekarang ni. Banyak perkara kene settle sebelum Ujang berangkat pergi. Maaf kawan2 kerana Ujang jarang updated blog sekarang. Ada masa kita borak-borak lagi yer.. Nat yang banyak mengata, Khairi yang punah-ranah, junkopile yang gila babi. mayang yang ayu dan dik mourieys yang senyum selalu keh keh!! Jom lihat pic-pic yang dah lama terkurung dalam blog yang masih belum ujang publish kan.. Hehehe maaf ler terpaksa tutup muka yang hudoh itu. Chow!!
Hari ini nak tukar rentak sikit dari Ballad ke Rock.. Amacam?? Ujang sudah berumur 20+ tahun, tapi mana-mana orang dalam dunia ni kalau di tanya , adakah masih mahu menjadi muda ? hanya orang tidak siuman sahaja mengganggukkan kepala. Saper tak nak mudakan?Gila apa ? Muda la best. kudrat full tank..Penuh energy. Semua larat. Pantang dicabar. Hemoglobin panas. Semua ingin teratas. fuhhh.....best tuhh... Benda tu pun tak %$#@^&*^%
Atas dasar ingin tampak muda kan?? kan?? Satu pakaian telah Ujang rembat (baca: beli ) tanda Ujang ingin menidakkan proses penuaan Ujang. Dengan pakaian baru ini, biar orang nampak Ujang masih muda walhal .... ??? Korang nak kata Ujang gila?? katalah, langsung Ujang tak peduli. Nak kata Ujang sewel?? Katalah. Hanya senyuman Ujang hadiahkan.
Levis (New Arrivals). sering Ujang nampak orang-orang muda memakainya. Ujang tidak mahu ketinggalan. kononnya mahu muda seperti mereka. Tetapi itu tidak apa. Ujang bukan pakai botox, baju levis sahaja. Tidak perlu risau halal haramnya.
Memang benar, setelah dipakai terasa muda dan cergas sekali. Tidak rugi Ujang membelinya (baca: diracun salesman). kini, Ujang kembali girang merempit. Udara sejuk menyelinap masuk ke tubuh pabila Ujang membelah angin. Terasa muda sekali. Arghh.. sekarang puas hati!!
Posted by Ujang_MD ::
6/14/2007 11:29:00 AM ::
1 Comments:
Balada lagi kisah Ujang ini. Entah apa yang hendak Ujang tuliskan hari ni. Fikiran Ujang buntu, tak tahu nak tulis apa, tapi Ujang mahu menulis. Jemari Ujang ini seakan-akan memanggil Ujang untuk menaip walaupun Ujang tak tahu nak taip apa. Tiada cerita yang menarik hari ni. Tiada episod ataupun drama pada hari ni. Yang pasti hari ni Ujang rasa bebas, bebas menanggung perasaan. Ujang terima hakikat apa yang selalu Makcik Zainung cakapkan pada Ujang "Kita belajar melepaskan apa yang kita sayang".. Cuba walau tak termampu... cuba lagi.. dan kini?? entah la!! Segala kekusutan yang mengganggu benak Ujang selalu sahaja datang. Ujang fikirkan takkan ada orang yang pernah faham apa yang Ujang rasa. Tapi orang ni lain, dia bukan sahaja memahami malah memberikan kata-kata semangat kepada Ujang. Jangan mudah beralah dengan sebarang halangan. Itu yang selama ini Ujang fikir. Terima kasih Makcik Zainung. Tapi Ujang manusia biasa, biar sejauh mana Ujang berkeras untuk teruskan hidup ini, walau setebal mana ego Ujang, Ujang tetap mempunyai kelemahan. Sampai satu masa Ujang sudah tidak mampu untuk bertaut pada kasih-Nya lagi. Biar Ujang percaya, walau Ujang diuji oleh-Nya adalah satu hikmah kepada Ujang, Ujang tak bisa untuk menahan gejolak jiwa yang meronta-ronta untuk dilepaskan dari sebarang kesusahan. Maka mengalirlah air mata seorang lelaki. Dulu masa kecik-kecik Makcik Zainung selalu berkata bahawa, sebagai lelaki Ujang harus tabah. Air mata kaum Adam amat berharga. Kerana amat berhargalah, Ujang linangkannya ke atas nasib Ujang kini. Ujang tidak mahu linangan air mata ini berlalu ketika Ujang tidak mampu mengubah apa-apa sekali pun. Ketika itu, mungkin juga air mata Ujang sudah kering dan yang mungkin berlinang hanya lah tangisan darah kerana menyesali dengan pilihan hidup yang salah. Makcik Zainung pernah cakap pada Ujang, air mata kaum Adam untuk Penciptanya. Ya, memang air mata Ujang ini untuk Pencipta Ujang. Kalau bukan Ujang tidak menitiskan air mata Ujang kepada Pencipta Ujang, kenapa Ujang mempersoalkan kenapa Ujang? Kenapa Ujang harus terima ini semua? Kenapa tiada cara lain? Banyak sangat yang ingin Ujang tanya pada-Nya. Semakin Ujang bertanya, semakin Ujang jumpa dan kenali, siapa diri Ujang sebenar.......
Kalau difikirkan jiwa gila Ujang ini, mahu sahaja Ujang berlari tanpa henti entah ke mana sahaja. Hujung dunia. Mungkin. Kemudian, Ujang semahunya menjerit sepuas-puasnya sehingga Ujang kehilangan suara dan menjerit kembali sehingga satu dunia mampu mengerti apa yang Ujang rasai selama ni. Entahlah, Ujang tidak segagah itu kerana Ujang tidak berdaya, dengan tangan Ujang diikat, kaki Ujang dipasak pada bumi, jiwa Ujang dibiarkan melayang di awangan mencari nyawa Ujang sendiri. Ketawa kecil Ujang sejenak bila memikirkan benda gila yang boleh Ujang lakukan untuk membuatkan hati Ujang rasa tenang dan puas. Mungkin juga dengan berbual dengan Makcik Zainung tadi, sedikit sebanyak membantu Ujang dalam memandang hidup ini. Benar juga kata orang, communication is the best way. Walaupun ianya tidak menawarkan pilihan kepada penyelesaian masalah Ujang, namun Ujang bersyukur, sekurang-kurangnya Ujang dapat melihat kemungkinan. Mungkin Ujang patut teruskan permainan ini. Mungkin juga Ujang patut teruskan tapi bukan cara ini. Entahlah. Kemungkinan-kemungkinan inilah yang menunjukkan Ujang bahawa dunia di luar sana ada seribu satu macam bahagia yang belum Ujang temui. Belum tiba masanya lagi untuk Ujang ke sana dan Ujang belum bersedia. Bukan Ujang yang memberitahu diri Ujang. Tapi sekeliling Ujang. Ya, Ujang belum bersedia untuk ke sana. Belum cukup apa yang Ujang bawa untuk ke sana. Banyak lagi yang perlu Ujang bawa, bukan sahaja perasaan Ujang yang tidak tentu arah, tapi jiwa Ujang yang masih lagi hilang. Ujang harus cari jiwa Ujang. Pagi ini Ujang bukan sahaja menulis tanpa haluan tapi Ujang menulis dengan senyuman. Ujang pun tidak tahu apa yang Ujang senyumkan. Adakah hari ni hari yang bahagia bagi Ujang? Tidak. Adakah hari ni Ujang dapat yang Ujang cari? Tidak. Mungkin juga Ujang tersenyum kerana Ujang mampu menulis tanpa memikirkan apa yang patut ditulis. Ujang hanya menurut kata hati Ujang untuk menulis. Tulis. Tulis dan tulis. Luahkan segalanya. Makcik Zainung pernah bertanya pada Ujang, kau tak ada seseorang yang istimewa? Ujang jawab sejujurnya. Tidak. Mak menceritakan ketika dia ada seseorang yang istimewa menemaninya, dia rasa bersemangat untuk meneruskan hidupnya. Segalanya terurus. Hidup bagaikan di awangan-awangan. That’s the power of love! Entahlah pada Ujang, Ujang lebih senang sendiri. Tenang. Tak perlu Ujang menyediakan setiap jawapan untuk persoalan yang akan ditanya. Kerana Ujang sendiri pun tak ada jawapan kepada setiap persoalan di dalam jiwa Ujang. Ujang yakin, Ujang mampu menguruskan segala perasaan Ujang, walaupun payah. Ego lelaki katanya. Ujang sangat ego. Tepat sekali, Ujang sememangnya ego. Bagaimana harus Ujang lakukan, kalau bukan kerana ego UJang ini, Ujang tidak sampai di sini hari ni. Siapa yang harus Ujang percaya, kalau bukan ego Ujang sendiri. Kemudian Makcik Zainung menceritakan lagi tentang bagaimana, orang lain mempermainkan dirinya. Rakannya sendiri. Dia menceritakan pada Ujang, bahawa jangan mudah percaya kepada orang lain, biar orang itu kawan baik sehidup semati. Dia kata, walau serapat-rapatnya kita dengan kawan kita, lambat laun kita akan bergaduh juga nanti. Begitu optimistik. Ujang suka cara itu. Itulah yang dirasainya sekarang, orang yang benar-benar dia percaya menikam dia. Bukan dengan pisau kata Mak. Dengan keris. Bukan dibelakang, tetapi dihadapan. Hebatnya! Ujang tidak pernah mempercayai orang lain selain daripada diri Ujang sendiri. Ujang marah. Ujang benci. Ujang sakit hati. Ujang geram. Bukan pada orang lain. Tetapi pada diri Ujang sendiri. Kerana kadangkala diri Ujang tidak pernah memberikan kata putus yang benar. Ada juga silapnya. Terima kasih. Mungkin juga dengan cara ini Ujang akan belajar. Belajar untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu Ujang sendiri tanpa menunding jari kepada orang lain. Hurm, entahlah apa lagi mahu Ujang taipkan di sini. Biarlah Ujang melenakan mata Ujang, mungkin dengan cara ini akan membuatkan jemari Ujang berhenti daripada meniti setiap huruf di atas papan kekunci ini. Ujang mahu esok Ujang jadi orang baru tapi dengan jiwa lama Ujang. Hilanglah perasaan hiba dari hati ini, terpadam rindu, bila Ujang kembali lagi untuk menaip lagi di lain hari. Mahu Ujang lena. Selenanya. Tapi tak leh juga kerana sekarang time kerja.. huwaa...
Posted by Ujang_MD ::
6/13/2007 10:20:00 AM ::
0 Comments:
Jam 7.42PM Ujang dapat satu panggilan. Tertera nama Sharifuddin.. kawan Ujang walaupun jarang berjumpa tapi hubungan persahabatan terus di kekalkan. Sharifuddin tak akan hubungi Ujang kalau tak ada perkara penting yang berlaku. Terdetik juga kenapa yer Sharifuddin called Ujang?? Rasanya last Ujang jumpa Shariffudin semasa Ujang pergi Puncak Alam, Kuala Selangor rumah adik angkat Ujang Si Jard Tenuk. Macam biasa kalimah salam pasti tersembur dari percakapannya. Gembira sekejap cuma, hati terhibur bila kawan lama masih teringat akan Ujang di sini namun sedih pula melanda apabila Shariffudin beritahu Ujang yang kawan blog Ujang meninggal dunia. Ujang tergamam.. Tak terkata. Apa yang Ujang mampu katakan pada masa itu.. Ujang terpana. Ujang tanya sekali lagi.. adakah betul apa yang Sharifuddin cakapkan?? Atau sekadar ingin buat lawak tatkala Ujang jarang berhubung khabar berita dengannya?? Tapi dari percakapannya sama sekali tidak. Bait-bait ayatnya begitu serius.
Walaupun Ujang tak dapat melihat tapi dari penekanan kata-kata Sharifuddin, Ujang tahu dia begitu serius. Ujang masih kurang percaya.. terus Ujang on computer... Sharifuddin terus bagi url..Click Here.Terus Ujang klik.. Oh My god!!
Yazid passed away. Ujang kehilangan kawan lagi. Walaupun tidak pernah bersua muka namun Ujang dengan Yazid selalu bertanya khabar berita. Last Ujang berhubung dengannya kalau tak silap january 2007. Apapun.. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham. Moga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH
Posted by Ujang_MD ::
6/12/2007 08:10:00 AM ::
3 Comments:
Fajar tiba membawa sinar baru buat Ujang yang menunggu kehadirannya dengan harapan pada sepanjang malam. Titisan embun yang menempel didedaun sesekali kelihatan seperti sebutir permata tanpa kilauan. Apapun yang pastinya apabila jendela dibuka, angin pagi senyaman udara subuh akan menyapa dan membawa khabar rindu seperti selalu. Ohh.. andai Ujang dapat kecapi selalu.. Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang… Senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya. Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit… seperti mahu menghirup embun dan melupakan air di kali… kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha…? Hidup ini memang pelik. Tetapi yang pelik itulah kadang-kadang memaniskan dan mewarnakan kehidupan Ujang menjadi seperti pelangi. Dihiasi dengan pelbagai warna. Walaupun kadangkala ia berwarna cerah dan bertukar menjadi suram, ia tetap cantik. Dan ia tetap mencantikkan lagi perjalanan hidup Ujang. Sungguh!! PERPISAHAN akan lebih memuliakan hati insan. Bila berjauhan, waktu itulah Ujang mahu menilai erti dan makna atas setiap orang yang Ujang temui dan setiap perkara yang Ujang tempuhi. Diri Makcik Zainung bagi Ujang ialah suatu anugerah yang tidak dapat Ujang bandingkan dengan apa-apa pun yang ada dalam hidup Ujang. Namun, hidup Ujang bukan hanya untuk.... kan??. Cuba pujuk hati ini!! Sekalipun kecewa, letakkan amanah dan tanggungjawab di hadapan mendahului segala-galanya. Demi kasih Allah. Dan kalaulah datang untuk Ujang suatu yang Ujang mahukan……. Itulah kehendak Allah. Sekalipun pahit, namun sebagai hambaNya mampukah Ujang menolak takdir yang datang? Begitu juga dengan sesuatu yang Ujang tidak suka, Kalau ia datang, ia juga merupakan suatu anugerah. Seikhlasnya, ada ketikanya diri Ujang ini begitu direnggut dengan kekesalan dengan perpisahan Ujang ini. Kekilafan diri Ujang yang tak akan di maafkan? Namun takdirlah yang akan menentukan segalanya. Kalaulah diri Ujang ini seperti embun, agaknya diri ini akan lebur sebelum fajar terbit. Ya Allah kiranya yang Ujang tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia disisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah….. namun kiranya rasa kasih Ujang ini adalah dalam redhaMu, mekarkanlah selalu meskipun diri ini harus bertarung antara bahagia dan derita. Mungkin diri Ujang lemah daripada setitis embun… tiada kekuatan menghadapi malam yang gelap sepi dan dingin, malam yang tanpa kehadiran bulan dan bintang…. tiada kekuatan untuk menanti meskipun ada KESETIAAN di hati. Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati ini… maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Derita, bahagia dan kecewa ini sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkan insan seperti pelangi. Malah Ujang percaya, tiada suatu kenikmatan kecuali mesti disertai dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Tak ada kebahagiaan, kecuali mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan. Tak ada kelapangan, kecuali mesti disertai kesempitan. Kalau diri Ujang terpaksa menderita untuk menahan diri daripada melakukan apa yang Dia tak suka, biarlah diri ini menderita kerana pengorbanan itu biarpun pahit, tapi janji Allah tetap pasti bahawa akan ada manisnya dalam pengorbanan itu. Ujang hanya akan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disinilah letaknya nilai kehidupan. Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya. Melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abadi meskipun sesuatu itu TERAMAT UJANG SAYANGI. TERAMAT UJANG KASIHI. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya. Redhalah hati sepenuhnya. Redha kah Ujang menghadapi perpisahan ini? Redhakah Ujang menghadapi detik-detik kehilangan insan yang Ujang kasihi? Bukanlah kudrat Ujang melawan takdirNYa. Luka di hati memang tidak terucap. Tidak tergambar. Tidak terluah hanya dengan kata-kata. Mata yang memandang, tidak sama dengan hati yang menahan tangisan perpisahan. Meskipun ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut, darah masih merah mengalir. Lalu luka itu biarlah Ujang yang merasainya. Meskipun begitu hebat dugaan perpisahan ini, kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu segala yang terbaik. Dan sememangnya sudah lumrah alam, yang melukakan jauh lebih menderita daripada yang dilukai, kerana yang dilukai akan dirawat oleh Tuhan manakala yang melukai akan terus merasakan beban siksa perpisahan. PERTEMUAN itukah yang Ujang impikan? Pertemuan itukah yang Ujang idamkan? Sesungguhnya… setiap pertemuan itu membibitkan kuntuman kemesraan, membuahkan sejuta kenangan dan meluruhkan serpihan-serpihan kedukaan. Sesungguhnya tiada kekuatan untuk mengubah apa pun yang telah terjadi. Tidak dapat menarik segala perkataan yang telah terucap. Tidak juga mampu menghapus kesalahan dan mengulangi detik-detik kegembiraan saat ianya mekar dihati Ujang. Bisakah biarkan ianya hanya berlalu, lepaskan saja? Yang tersisa kini, diri Ujang masih berdiri kukuh bertemankan kenangan semalam. Segala pintu masa lalu telah tertutup. Semua lorong serasa sunyi seolah tiada pernah berpenghuni…. pintu masa depan belum tiba. Terlalu sukar untuk memaafkan kesilapan hari kelmarin dan ketakutan untuk menempuh hari esok, kerana yang ada hanyalah hari ini… esok lusa belum tentu abadi. Ampunkan Ujang ya Allah, ya Hannan, ya Mannan! Berikanlah Ujang kekuatan dan hidayah untuk mengharungi semua ini. Apalah ertinya Ujang hidup untuk mengasihi makhlukMu melebihi daripada Ujang mencintaiMu. Peliharalah diri Ujang daripada terjerumus ke lembah itu, lembah yang menjauhkan Ujang, yang menjarakkan diri Ujang daripada diriMu. Kerana bukan senang untuk memupuk cinta kepadaMu. Bukan mudah untuk meletakkan cintaMu dihati Ujang yang lemah lagi tak berdaya ini. Maka sekali ketakutan ini datang, lindungilah Ujang ya Allah. Lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini….”
Posted by Ujang_MD ::
6/11/2007 10:53:00 AM ::
1 Comments:
Ujang inginkan hari yang lebih cerah,tetapi Allah lebih tahu hakikatnya hujan perlu diturunkan. Ujang sering mahukan keseronokan, jauh sekali kesusahan,tetapi Allah lebih tahu kesusahan itu mengajar Ujang erti kehidupan. Ujang sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri Ujang ini penuh dengan dosa dan kejahatan.Tetapi manusia seperti Ujang tak dapat lari dari kesilapan. Ujang tahu semua itu bukanlah satu hukuman,tetapi sebagai tanda kasih sayang agar Ujang lebih beriman.. Pastinya dalam hidup Ujang ini sering mahukan kebahgiaan, kegembiraan, senyuman, gelak ketawa.. jauh sekali kesedihan, kesepian, tangisan..Namun hakikatnya semua itu adalah nikmat dari Tuhan. Nikmat yang diberiNya untuk menguji hamba2Nya.Antara sabar dan syukur.. kedua2nya adalah pantulan iman seorang hamba yang taat dan redha padaNya. Kejayaan itu ujian,adakah Ujang bersyukur padaNya atau lupa pada pemberi kejayaan itu.. Kegagalan itu juga ujian..adakah Ujang sabar dan redha pada nikmat yang diberi oleh Pencipta Ujang yang tahu bahawa itulah yang terbaik buat Ujang di saat itu..Tahun ini, beberapa kali Ujang terjatuh dalam perjalanan perjuangan.. Alhamdulillah, syukur padaNya. Rebah Ujang, masih dibangunkan kembali olehNya. Kadang diri ini khuatir, andai Ujang rebah, Ujang tak mampu bangun lagi. Namun, janji Tuhan tetap pasti.. bahawa Allah akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuannya.Ya ALLAH, Bangunkan hambaMu ini andai diri ini terjatuh dalam perjalanan perjuangan..Hanya Engkau yang dapat memberi kekuatan padaku menghadapinya..Bila diri Ujang ini merasa lemah, hanya padaNya tempat pengaduan Ujang.. kerana DIA sebaik2 pengaduan, sebaik2 pengharapan.. Bertemu Makcik Zainung jua pengubat duka ini walau sekadar melihat wajah,sekadar mendengar suara..luka ini terubat jua.Mungkin inilah kekuatan sebuah kasih sayang yang ikhlas dari hati.Cintanya seorang anak itu ikhlas kepada ibu yang menjaga dirinya sejak dari kecil, dan cintanya ibu tanpa mengharap balasan kepada anak sepenuh hati, tanpa mengira paras rupa,harta dan lain-lain..Sesungguhnya inilah kekuatan kasih sayang yang dikurnia oleh Tuhan Pencipta dan Pemberi kasih sayang itu.. Allah swt..Doakan Ujang agar matlamat perjuangan Ujang ialah mencari redhaNya.. kerana akhirat itu tujuan yang pasti..
Posted by Ujang_MD ::
6/10/2007 10:42:00 AM ::
0 Comments:
Kadang-kadang Ujang tak faham. Kadang-kadang Ujang geram dengan manusia ini. Ujang tahu Ujang pun manusia, tapi bila manusia nih yang buat manusia juga sakit hati.. mana tahan kan?? Terus terang Ujang cakap, Ujang sedih sangat saat ini. Ujang rasa macam kosong sangat. Ujang meniti hari sebenarnya. Memang, Ujang jarang berpisah dengan Makcik Zainung tapi bila dah dekat dengan masanya, baru kini Ujang rasa satu perasaan. Adakah Ujang rindu nanti? Pasti.. Itu Ujang tak mahu cakap lagi.. Biarlah tiba masanya. Tapi kini Ujang lagi geram.. Geram pada manusia yang ada pangkat nih. Surat dah di kasi.. Ujang akan tukar kerja ke Sungai buloh. Yess... Ujang terima walau berat hati juga nak tinggalkan Makcik Zainung. Ujang dah lama pasrah tenatng perkara ini. Bukan Ujang seorang, 7 orang staff kena transfer ke negeri yang berlainan. Tapi yang menyebabkan Ujang geram.. Ujang dah inform macam2.. Tapi khamis hari itu.. Ujang jadi berang.. Ujang jadi sedih.. bila Ujang dapat tahu.. Ujang kena tukar ke Kuching, Sarawak. Oh My God.. itu sahaja yang Ujang dapat luahkan.. "nak lari kandang harimau, masuk pulak kandang singa" Adus.. alasan.. keutamaan di beri pada yang sudah bekerluarga. Ujang mahu sabotaj.. kenapa perlu ada perubahan pada saat ini?? Saat di mana Ujang dah bagi tahu kawan2 yang ujang kena transfer ke Sungai Buloh.. Ujang dah standby macam-maca.. tempat tinggal dan sebagainya. Sudah janji juga nak balik ke terengganu 2 minggu sekali. Tapi Ujang rasa apa yang Ujang rancangkan sudah hancur.. SARAWAK?? DAMN!!DAMN!!!........... But im try to do something...
Posted by Ujang_MD ::
6/09/2007 02:11:00 PM ::
0 Comments:
Bersabarlah Ujang! Mungkin segalanya akan terlerai jua nanti. Yakinkan diri bahawa kasih dan rindu itu tetap utuh buatmu Ujang, hanya keadaan yang menjadikannya sedikit sukar. Percayalah!” Hanya kata-kata itu yang mampu menenangkan mu Ujang. Terdiam sepi seketika tanpa bicara. Nyaman angin di malam itu terasa menyapa di pipi. Namun, dalam nyaman itu ada resah dan pilu yang menusuk sukma. Langit malam tampak tenang. Begitu asyik mata melerek, apatah lagi bila dada langit dihiasi kerdipan si bintang dan seri cahaya bulan. Oh! Sungguh indah alam ciptaan tuhan. Aduhai... Pernah terdetik di hati Ujang.. Ingin sekali Ujang gapai bulan menawan. Menjadi cahaya penyuluh rindu.Ingin sekali jua Ujang petik kerdipan bintang.Menjadi peneman malam sepi. Ingin jua sesekali Ujang gembur gemawan awan. Menjadi hamparan malam beradu.Tapi sayang semua itu tidak terjangkau tangan.Hanya mampu memandang dari kejauhan. Bila teringat pasal cinta pula teringat Ujang pada seloka asmara uda dan dara. Seakan dunia hanya milik berdua. Rela berkorban apa saja. Rela bersama walau kemana. Hidup bagaikan dikelilingi dan ditaburi bunga mawar yang harum, meresap ke segenap liku perjalanan. Wajah berseri-seri bak cahaya purnama kerana terlalu asyik dibuai cinta bersama sidia. Itulah yang terjadi pada pasangan yang sedang dilamun cinta.Alangkah indah kiranya cinta dan kasih sayang yang dipupuk itu senantiasa mekar dan harum hingga ke akhir hayat. Tentu saja bulan dan bintang turut tersenyum mengagumi keutuhan kasih yang tercipta. Aneh. Ada yang bercinta sejak bertahun lamanya, namun tidak kesampaian dan terputus jua ikatan kasih. Pepohon cinta yang sekian lama dijaga dan dibaja, akhirnya tertunduk layu dan rebah dalam sekelip mata. Betapa waktu yang ada telah disia-siakan oleh rapuhnya cinta. Sebuah cinta yang sementara. Itu yang Ujang rasa.
Posted by Ujang_MD ::
6/08/2007 03:57:00 PM ::
1 Comments:
Sungguh, diri Ujang ini sebetulnya tidak pandai untuk berceloteh seperti teman-teman yang lain yang sememang sentiasa ceria dalam melakarkan kisah kehidupan seharian. Sebenarnya Ujang tumpang terhibur bila membaca coretan mereka di halaman masing-masing. Cukup menceriakan jiwa. Namun benak fikir ini kosong.. Benak yang kontang ternyata tidak dapat untuk memikirkan apa-apa buat beberapa waktu ini. Rasanya seakan seperti melayang. Terbang tanpa arah tujuan. Mengapung di awangan, tidak dapat kemana-mana. Buntu lagi. Terdiam sepi dalam mencari erti. Dalam diam Ujang mencari erti pada sebuah kehidupan yang pasti.Dalam diam Ujang berteleku sepi mencari realiti sebuah mimpi.Dalam diam jua Ujang keliru lagi apakah diri masih di hargai. Dalam diam Ujang sandarkan harapan bahawa Ujang mampu bertahan menongkah cabaran. Dalam diam si bintang menyapa bagai membisikkan kata agar Ujang sentiasa bahagia. Dalam diam bulan turut berbisik mesra sambil memancar seri cahaya moga Ujang tenang sentiasa. Dalam diam Ujang mensyukuri bahawa Ujang tidak keseorangan di sini. Ujang ada Makcik Zainung tapi nanti Ujang pasti sunyi jua bila berjauhan nanti.. Malas nak pikir tentang itu..Biarlah masa yang menentukannya. Ya.. namun di sini jua ada kedamaian yang menyapa walau hanya di laman maya, laman usang yang tidak seberapa. Namun, begitu tenang rasa di jiwa dapat bersantai untuk terus membisik rasa sukma, dapat berbicara biarpun tanpa suara, dapat meluah rasa yang entah apa-apa..biar apapun orang menyangka.Sungguh! ada damai di sini.
Posted by Ujang_MD ::
6/07/2007 12:42:00 PM ::
2 Comments:
Sudah ketetapan alam. Senja itu datang dan pergi, lantas menjengah pula malam yang penuh kegelapan serta seribu satu rahsia yang tersembunyi didadanya. Atau mungkin jua malam yang kelam itu akan indah bercahaya dengan hadirnya seri bulan yang menyinari. Begitulah jua dengan kehidupan. Suka dan duka sering silih berganti. Tidak akan selalunya Ujang hidup dalam kebahagiaan. Badai gelora yang menghempas, Ujang relakan jua walaupun dengan hati yang pasrah. Berkat kesabaran dan kekuatan, Ujang akan berjaya melawan arus. Segalanya dapat Ujang jadikan sebagai suatu pengajaran yang maha hebat untuk terus meniti hidup dengan lebih matang. Dan perasaan itu sama ada sengsara atau bahagia, sesungguhnya ia adalah anugerah yang menjadikan kehidupan Ujang lebih berwarna-warni. Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan. Ya, benar sekali, pahit itu adalah suatu penawar yang mujarab. Sungguh! Kadang diri Ujang begitu alpa dengan kebesaranNya. Jua, sering terlupa bahawa Dia selalu bersama walau dalam apapun dugaan yang menimpa. Sesungguhnya dia sentiasa memberi segala yang terbaik buat Ujang. Begitulah. "Adus.....Ujang merepek lagi!". Tapi hanya sekadar mengingati diri sendiri sebenarnya.
Posted by Ujang_MD ::
6/06/2007 01:27:00 PM ::
1 Comments:
Di senja yang damai, pantai yang selalu menjadi peneman ujang sekali lagi dikunjungi. Langkah terus diatur meredahi pepasir nan memutih. Sesekali terpijak cengkerang hidupan laut yang berserakan di tepian. Angin nakal pula tidak jemu-jemu menyentap pakaian yang dikenakan rapi. Ah..ada saja ekor mata yang memandang. Aduh..malu! Apa punya mata kan??? Kalau tak melihat. Pohon nyiur terus meliuk lintuk dihembus bayu. Nyata, pantai Seberang Takir tetap indah. Segalanya kelihatan sama seperti dikunjungan yang dulu. Laut yang membiru saujana mata memandang. Sekumpulan camar ghairah berterbangan di dada laut yang luas terbentang. Terpana seketika merenung kebesaran alam ciptaanNya. Nun, sayup kelihatan beberapa bot nelayan di tengah samudera yang membiru seakan tiada berpenghujungnya. Terdetik di benak ini, betapa bertuahnya Ujang kerana tidak perlu meredah lautan luas yang penuh badai gelora untuk mencari rezeki menampung keperluan hidup. Lihat nelayan-nelayan itu, betapa perit mengharung lautan bergadai nyawa. Namun hasil yang diraih tidak seberapa. Berbagai ancaman terpaksa dilalui semata-mata untuk mencari sesuap nasi demi keluarga tercinta. Renung dalam diri. Betapa beruntungnya Ujang yang dapat duduk di kerusi empuk, membelek fail sambil memandang skrin komputer dengan hanya jemari yang menari lembut mengalun rentak walau adakalanya minda terdera dan hati begitu tertekan. Pun begitu, Ujang jauh lebih bertuah.Bersyukur.
Posted by Ujang_MD ::
6/05/2007 12:32:00 PM ::
1 Comments:
SETELAH SEKIAN LAMA UJANG BER-BLOGGING AKHIRNYA SUDAH SAMPAI MASANYA UJANG MENAMATKAN NOKHTAHNYA DI SINI.
BANYAK YANG UJANG PELAJARI SEPANJANG PEMBABITAN UJANG DI DALAM DUNIA BLOGGING INI. KENALAN SUDAH PASTINYA. NASIHAT DAN PANDANGAN JUGA TIDAK PUTUS DITERIMA OLEH PARA SAHABAT. TERIMA KASIH
SEBELUM UJANG BERANGKAT KE SELANGOR UJANG AKAN PASTIKAN BLOG UJANG INI AKAN DI TUTUP TERUS. UJANG MENYAYANGI DUNIA BLOG INI, NAMUN TERPAKSA UJANG TERUSKAN NIAT INI KERANA INGIN JAUH MELANGKAH PERGI.
PERINGATAN KEPADA KAWAN-KAWAN, UJANG AKAN MENUTUP BLOG INI PADA28 JUNE 2007.UJANG PASTI AKAN MERINDUI KALIAN. IZIKAN UJANG PERGI HARAP BERJUMPA LAGI NANTI. INSYA-ALLAH!!
Posted by Ujang_MD ::
6/04/2007 01:52:00 AM ::
4 Comments:
Langit yang luas tampak cerah. Gumpalan awan putih begitu lembut membiaskan cahayanya. Dedaun pokok yang redup menghijau di sekeliling, menyejukkan mata memandang. Jua berbagai spesis bungaan indah ditanam di persekitaran. Aduhai…damainya perasaan. Indah sungguh suasana petang di Taman ketika itu.Di suatu sudut yang lain, bunyi bising teriakan kanak-kanak yang begitu riang bermain begitu kuat kedengaran. Di hari minggu sebeginilah peluang untuk ibubapa yang sibuk bekerja membawa anak-anak keluar bersantai sambil bermain di taman atau di mana sahaja. Tentu saja kembang bercampur girang hati kanak-kanak itu memiliki ibubapa yang memahami kehendak mereka.Setelah penat berlarian anak di sekeliling taman itu, kaki terus melangkah mencari tempat yang sesuai untuk menikmati kedamaian. Sesekali bila berkelapangan di petang minggu, Ujang suka beriadah di situ.Tiba di suatu sudut sambil ingin melabuhkan duduk, mata terpandang ke arah beberapa pasangan remaja melayu. Si gadisnya begitu sopan mengenakan pakaian bertudung. Begitu ralit mereka memadu kasih di tepian tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Ada juga yang masih mencari lokasi di sebalik rimbunan pokok-pokok yang menghiasi taman itu tanpa kisahkah pandangan pengunjung lain. Mesra sungguh lagaknya mereka. Tiada lagi rasa segan silu. Oh sungguh memalukan!Tanpa mempedulikan pasangan-pasangan remaja itu, kaki terus melangkah lagi mencari suatu sudut lain yang lebih tenang. Namun di hati terdetik jua “ kenapa perlu di cari tempat yang sebegitu sunyi untuk berkasih-kasihan kerana itu boleh mengundang berbagai perkara yang tidak baik atau mungkin mereka sengaja menempah nahas?” Barangkali jua si rama-rama yang riang berterbangan turut berbisik perkara yang sama. Sesungguhnya banyak lagi tempat yang lebih sesuai untuk melepaskan rasa hati yang merindu! Senja kian merangkak ke tabir malam. Namun masih ada lagi insan-insan yang belum mahu berganjak dari situ. Sambil langkah menapak perlahan menuju ke jalan pulang, pelbagai persoalan muncul di benak fikiran.Ah...biarkan saja.
Posted by Ujang_MD ::
6/03/2007 09:28:00 PM ::
0 Comments: