"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, June 12

AL-FATIHAH

Jam 7.42PM Ujang dapat satu panggilan. Tertera nama Sharifuddin.. kawan Ujang walaupun jarang berjumpa tapi hubungan persahabatan terus di kekalkan. Sharifuddin tak akan hubungi Ujang kalau tak ada perkara penting yang berlaku. Terdetik juga kenapa yer Sharifuddin called Ujang?? Rasanya last Ujang jumpa Shariffudin semasa Ujang pergi Puncak Alam, Kuala Selangor rumah adik angkat Ujang Si Jard Tenuk.
Macam biasa kalimah salam pasti tersembur dari percakapannya. Gembira sekejap cuma, hati terhibur bila kawan lama masih teringat akan Ujang di sini namun sedih pula melanda apabila Shariffudin beritahu Ujang yang kawan blog Ujang meninggal dunia. Ujang tergamam.. Tak terkata. Apa yang Ujang mampu katakan pada masa itu.. Ujang terpana. Ujang tanya sekali lagi.. adakah betul apa yang Sharifuddin cakapkan?? Atau sekadar ingin buat lawak tatkala Ujang jarang berhubung khabar berita dengannya?? Tapi dari percakapannya sama sekali tidak. Bait-bait ayatnya begitu serius.

Walaupun Ujang tak dapat melihat tapi dari penekanan kata-kata Sharifuddin, Ujang tahu dia begitu serius. Ujang masih kurang percaya.. terus Ujang on computer... Sharifuddin terus bagi url.. Click Here. Terus Ujang klik.. Oh My god!!

Yazid passed away. Ujang kehilangan kawan lagi. Walaupun tidak pernah bersua muka namun Ujang dengan Yazid selalu bertanya khabar berita. Last Ujang berhubung dengannya kalau tak silap january 2007. Apapun.. sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarham. Moga Allahyarham di tempatkan di kalangan orang yang beriman. AL-FATIHAH

Posted by Ujang_MD :: 6/12/2007 08:10:00 AM :: 3 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.