"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, June 11

BILA RINDU

Fajar tiba membawa sinar baru buat Ujang yang menunggu kehadirannya dengan harapan pada sepanjang malam. Titisan embun yang menempel didedaun sesekali kelihatan seperti sebutir permata tanpa kilauan. Apapun yang pastinya apabila jendela dibuka, angin pagi senyaman udara subuh akan menyapa dan membawa khabar rindu seperti selalu. Ohh.. andai Ujang dapat kecapi selalu..
Hari ini bukanlah semalam, walaupun hari ini bermula dengan terbitnya fajar seperti semalam. Semuanya sebagai suatu ketetapan yang ditakdirkan Tuhan semenjak terciptanya bumi ini sama ada datangnya dengan awan yang cerah atau awan yang berarak mendung. Fajar tetap fajar dan tetap datang… Senja semalam juga sama datang dan perginya menghilang di sebalik
tabir langit yang memisahkan pandangan manusia dengan segala rahsiaNya.
Ibarat memandang bulan, terlupa cahaya pelita di kamar. Seperti mahu berumah tanpa dinding, beratap dengan langit… seperti mahu menghirup embun dan melupakan air di kali… kalaulah sudah takdir hilang mentari di hujung langit, terbayarkah harga sekeping hati yang tidak mahu redha…?
Hidup ini memang pelik. Tetapi yang pelik itulah kadang-kadang memaniskan dan mewarnakan kehidupan Ujang menjadi seperti pelangi. Dihiasi dengan pelbagai warna. Walaupun kadangkala ia berwarna cerah dan bertukar menjadi suram, ia tetap cantik. Dan ia tetap mencantikkan lagi perjalanan hidup Ujang. Sungguh!!
PERPISAHAN akan lebih memuliakan hati insan. Bila berjauhan, waktu itulah Ujang mahu menilai erti dan makna atas setiap orang yang Ujang temui dan setiap perkara yang Ujang tempuhi. Diri Makcik Zainung bagi Ujang ialah suatu anugerah yang tidak dapat Ujang bandingkan dengan apa-apa pun yang ada dalam hidup Ujang. Namun, hidup Ujang bukan hanya untuk.... kan??. Cuba pujuk hati ini!! Sekalipun kecewa, letakkan amanah dan tanggungjawab di hadapan mendahului segala-galanya. Demi kasih Allah. Dan kalaulah datang untuk Ujang suatu yang Ujang mahukan……. Itulah kehendak Allah.
Sekalipun pahit, namun sebagai hambaNya mampukah Ujang menolak takdir yang datang? Begitu juga dengan sesuatu yang Ujang tidak suka, Kalau ia datang, ia juga merupakan suatu anugerah. Seikhlasnya, ada ketikanya diri Ujang ini begitu direnggut dengan kekesalan dengan perpisahan Ujang ini. Kekilafan diri Ujang yang tak akan di maafkan? Namun takdirlah yang akan menentukan segalanya.
Kalaulah diri Ujang ini seperti embun, agaknya diri ini akan lebur sebelum fajar terbit. Ya Allah kiranya yang Ujang tanggung penuh luka ini adalah sesuatu yang sia-sia disisiMu, lenyapkanlah, padamkanlah….. namun kiranya rasa kasih Ujang ini adalah dalam redhaMu, mekarkanlah selalu meskipun diri ini harus bertarung antara bahagia dan derita. Mungkin diri Ujang lemah daripada setitis embun… tiada kekuatan menghadapi malam yang gelap sepi dan dingin, malam yang tanpa kehadiran bulan dan bintang…. tiada kekuatan untuk menanti meskipun ada KESETIAAN di hati.
Dan perasaan itu sama ada bahagia atau cinta, derita atau kecewa, kalaulah boleh diambil dan dicampak sekehendak hati ini… maka pastinya tiadalah yang bernama derita. Tiadalah istilah sengsara. Derita, bahagia dan kecewa ini sesungguhnya ialah anugerah yang mencorakkan insan seperti pelangi.
Malah Ujang percaya, tiada suatu kenikmatan kecuali mesti disertai dengan sesuatu yang tak menyenangkan. Tak ada kebahagiaan, kecuali mesti disertai oleh sesuatu yang menyusahkan. Tak ada kelapangan, kecuali mesti disertai kesempitan. Kalau diri Ujang terpaksa menderita untuk menahan diri daripada melakukan apa yang Dia tak suka, biarlah diri ini menderita kerana pengorbanan itu biarpun pahit, tapi janji Allah tetap pasti bahawa akan ada manisnya dalam pengorbanan itu. Ujang hanya akan sedar kemanisan itu setelah berjaya melalui detik-detik yang sukar. Kenyataan tidak akan jadi semudah apa yang diinginkan. Disinilah letaknya nilai kehidupan.
Tidak pula Allah menimpakan ujian untuk menzalimi hambaNya. Melainkan untuk mendidik dan menyedarkan bahawa tidak ada satu pun di dunia ini adalah milik manusia yang abadi meskipun sesuatu itu TERAMAT UJANG SAYANGI. TERAMAT UJANG KASIHI. Datang dan pergi segala yang ada di dunia ini adalah dengan kehendakNya. Redhalah hati sepenuhnya. Redha kah Ujang menghadapi perpisahan ini? Redhakah Ujang menghadapi detik-detik kehilangan insan yang Ujang kasihi?
Bukanlah kudrat Ujang melawan takdirNYa. Luka di hati memang tidak terucap. Tidak tergambar. Tidak terluah hanya dengan kata-kata. Mata yang memandang, tidak sama dengan hati yang menahan tangisan perpisahan. Meskipun ibarat telah mati, malangnya jasad masih bernyawa, nadi masih berdenyut, darah masih merah mengalir. Lalu luka itu biarlah Ujang yang merasainya. Meskipun begitu hebat dugaan perpisahan ini, kehidupan mesti diteruskan. Dinekadkan hati dengan keyakinan bahawa Allah lebih tahu segala yang terbaik.
Dan sememangnya sudah lumrah alam, yang melukakan jauh lebih menderita daripada yang dilukai, kerana yang dilukai akan dirawat oleh Tuhan manakala yang melukai akan terus merasakan beban siksa perpisahan. PERTEMUAN itukah yang Ujang impikan? Pertemuan itukah yang Ujang idamkan? Sesungguhnya… setiap pertemuan itu membibitkan kuntuman kemesraan, membuahkan sejuta kenangan dan meluruhkan serpihan-serpihan kedukaan.
Sesungguhnya tiada kekuatan untuk mengubah apa pun yang telah terjadi. Tidak dapat menarik segala perkataan yang telah terucap. Tidak juga mampu menghapus kesalahan dan mengulangi detik-detik kegembiraan saat ianya mekar dihati Ujang. Bisakah biarkan ianya hanya berlalu, lepaskan saja? Yang tersisa kini, diri Ujang masih berdiri kukuh bertemankan kenangan semalam. Segala pintu masa lalu telah tertutup. Semua lorong serasa sunyi seolah tiada pernah berpenghuni…. pintu masa depan belum tiba. Terlalu sukar untuk memaafkan kesilapan hari kelmarin dan ketakutan untuk menempuh hari esok, kerana yang ada hanyalah hari ini… esok lusa belum tentu abadi.
Ampunkan Ujang ya Allah, ya Hannan, ya Mannan! Berikanlah Ujang kekuatan dan hidayah untuk mengharungi semua ini. Apalah ertinya Ujang hidup untuk mengasihi makhlukMu melebihi daripada Ujang mencintaiMu. Peliharalah diri Ujang daripada terjerumus ke lembah itu, lembah yang menjauhkan Ujang, yang menjarakkan diri Ujang daripada diriMu. Kerana bukan senang untuk memupuk cinta kepadaMu. Bukan mudah untuk meletakkan cintaMu dihati Ujang yang lemah lagi tak berdaya ini. Maka sekali ketakutan ini datang, lindungilah Ujang ya Allah. Lindungilah hambaMu yang tidak berdaya ini….”

Posted by Ujang_MD :: 6/11/2007 10:53:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.