Ujang selalu merungut.. Ujang selalu mengeluh yang Ujang kesunyian.. Tiada teman untuk bergurau senda.. tiada teman untuk berkongsi suka dan duka. Tapi semalam Ujang ada terbaca satu artikel.. Kadang-kadang sepi itu boleh menjadi indah??? Ujang cuba faham.. Ujang cuba selami.. yup kekadang ada benarnya juga kan?? Banyak soalan-soalan yang menerjah fikiran bila kita kesunyian.. Yup.. ujang agreed!! Kepada soalan-soalan yang pernah lahir dari hati Ujang sendiri,itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi.Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.Betul tak?? Atau ketika ini perasaan Ujang hanya untuk memujuk diri sendiri??
Ujang fahami lagi....Jika Ujang terus berteka teki sedang teka teki itu tidak akan Ujang temui jawapannya,ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat. Yup.. ada benar....Maka katakanlah pada diri ,kali ini biarkanlah perpisahan ini,satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba rasa kehilangan dan diperlukan,antara rela dengan tidak ,walau Ujang lebih tahu ,tak ada yang lebih berharga selain dirinya,jua Ujang tak mungkin dapat melupakannya..
Itu lebih bererti sebab ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan.Tatkala Ujang berasa amat sakit oleh satu perhubungan maka lebih baik melangkah pergi.Adakalnya Ujang perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas kedepan.Adakalanya Ujang perlu menyepi kerana tatkala ini,kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Kadang-kadang kesepian juga boleh membunuh. Tapi ketika ini dan detik ini.. ujang rasakan kesepian itu seakan indah pula.. Time nie lah ujang dapat mula hargai pengorbanan orang yang pernah ujang cintai.. Masa ini jugalah ujang dapat merasakan manisnya rindu.. Saat ini juga ujang dapat rasakan pengajaran dan iktibar dari apa yang telah ujang lakukan dahulu.. Shytt!!!
Ada waktunya sepi menjadi lebih indah kerana disaat itu Ujang ada ruang untuk mengingati, merindui.Cinta itu indah bila ada urusan memberi dan menerima.Jika hanya memberi dan dan tidak sudi menerima,semua urusan akan jadi payah.Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati.Hati Ujang milik Ujang,bawa hati itu dan pergilah dari situ. Yup... Tapi Mampukah Ujang?????
Posted by Ujang_MD ::
11/28/2006 10:15:00 AM ::
0 Comments: