"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, May 31

ADUHAI CINTA

Cinta sering bertamu dan berlalu. Terkadang cinta hadir tanpa diundang. Terkadang menghilang saat ia diperlukan. Cinta itu penuh keasyikkan, namun dalam masa yang sama ianya amat menyakitkan. Barangkali cinta jua adalah perkara paling manis boleh terjadi dalam hidup. Aduhai...begitu kroniknya cinta. Serik betul Ujang.. tapi tetap mahu kehadiran cinta.. bodoh bukan??
Cinta itu bukan dusta, jua tidak buta. Cinta itu suci sebenarnya. Cinta adalah suatu anugerah Tuhan yang terindah dan begitu unik untuk umatnya rasai. Dalam cinta, kehormatan dan kepercayaan harus ada bersama-sama. Namun mengapa ya, manusia itu sendiri yang sering mengotori cinta dengan janji-janji dusta, sering saja cinta dikhianatikan. Manusia jua seringkali buta dalam menilai erti sebenar sebuah cinta. Kemanakah menghilang sebuah kesucian cinta yang sepatutnya dipertahankan?
Aneh kan! Bagaimana boleh seorang manusia itu dapat membahagikan cinta dalam satu masa padahal cintanya telah tertanam ke dasar hati seseorang dan dalam masa yang sama cintanya itu turut jua tersinggah pada insan yang lain. Ahh...keliru dibuatnya. Cinta jenis apakah itu, mudah saja tertumpah ke sana-sini?! Oh! Begitu tamak dan rakusnya manusia ini mengejar cinta.
Memang aneh manusia ini” Barangkali itulah ungkapan si bintang yang berkedip di langit malam. "Ya! Manusia sememangnya aneh" Ujar pula si rembulan yang tersenyum sinis.
Manusia ini berbagai keletah. Selalu saja dikelirukan oleh perasaan sendiri. Sekejap begitu, sekejap begini. Sering saja berubah-rubah. Mana mungkin orang lain boleh mengikut alunan rentak yang sebegitu. Barangkali sang camar juga turut bosan dengan karenah manusia seperti ini.
Biarkan saja cinta itu berlalu” Sayup kedengaran sang mentari pagi berbisik lembut di ufuk timur takkala ia sedang memancarkan sinar di kala ini. Patutkah Ujang mengikut kata Sang Mentari?? Bila melihat sang rembulan redup cahayanya terasa pula inginkan cinta. Entah lah Ujang pun keliru..

Posted by Ujang_MD :: 5/31/2007 08:37:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Wednesday, May 30

HOBIES

Dah lama kan blog Ujang suram tanpa ada gambar. Hanya tulisan semata-mata kekadang tak meriah kan?? Kak Red pun pernah sabotaj pasal hal-hal gambar nih.. so untuk menyahut cabaran beliau tuh sesekali Ujang Ujang update ler gambar. Terus terang la Ujang cakap.. Ujang takmar sangat letak pic dalam blog..sebab utk page loading tu terlalu lama.. jadi sebab tu Ujang malas nak upload pic nih.Hati ini terdetik nak share pic ini. Minggu lepas Ujang pergi memancing..best woo... tapi pergi tak lama kerana kawan2 yang lain masing-masing ada kerja. Pergi tak ramai, cuma 3 orang sahaja.. tapi cukup menghiburkan untuk mengisi waktu lapang.


Tengah kusyuk ikat mata kail

Memancing sambil melihat aweks yang lalu lalang

Masing-masing sibuk membetulkan pancing


Mendongak ke langit, Ingin tahu adakah awan mendung bererti mahu hujan?


Akhir dapat jua hasil yang lumayan

Berendam, bertujuan mengecutkan telur muahaha


Sejuk mata memandang melihat alam ciptaan Tuhan

Inilah umpan untuk ikan yang kelaparan


Harus menjadi mangsa ikan juga nih


Ingin bunuh diri gamaknya kerana frust tak dapat ikan

Selepas puas memancing.. adegan bermandian pula

Berbaloi juga dapat ikan sebesar ini yer


Alahai, cukuplah untuk Makcik Zainung makan kan??

Bila selalu melakukan aktiviti macam ni hilang segala nestapa. Ujang suka bila masa terluang Ujang lakukan perkara sebegini dengan kawan-kawan kerana adanya meraka buat Ujang riang ketawa. Zzz.....

Posted by Ujang_MD :: 5/30/2007 10:42:00 AM :: 3 Comments:

Post a Comment

Tuesday, May 29

SUNYI

Tatkala desir rindu menghembus lembut membelai sanubari bisu, hanya bahasa diam penuh mistik menyelongkar ke segenap ruang hati lantas mengalunkan irama lagu jiwa yang sayu.Benarlah, sepi itu indah walau kadang meresahkan. Sunyi itu mengasyikkan. Senyap itu sesungguhnya mendamaikan. Diam itu bukan kerana kebisuan tetapi ketenangan dalam mencari sinar Nur Kasih-Nya. Percayalah, sinar itu yang akan menemani kita pulang.
Hati yang berlagu pilu, pantas saja mengajak diri Ujang menuju ke jendela malam lalu mengheret pandangan mencari sesuatu di dada langit. Namun yang terlihat hanyalah kelam. Tiada indah senyum bulan atau kerlip sinar bintang yang bergemerlapan. Ah..kecewa sekali.Desir angin yang menyapa seakan membawa sama rintihan ke persada yang entah ke mana. Serasa diri hanyut seketika. Benak yang gersang jauh melayang mencari sesuatu yang masih tiada jawapan.
Diri Ujang dilanda kebingungan, buntu dalam mencari sebuah kepastian. Nun di langit malam, mata masih melerek menantikan sinar rembulan dan kerlip si bintang. Namun hampa lagi. Barangkali ia sedang menangis kerana turut merasai rentetan jiwa yang mendesah sukma pencintanya. Atau, mungkin jua sudah jemu dengan keletah manusia yang bernama Ujang?
Ah..Biarlah!Malam yang kian larut begitu hening dan dingin sekali. Namun masih begitu sukar untuk terlena. Resah pilu menguasai diri. Tidak terluah dengan kata-kata, hanya bicara bisu yang berlegar meruntun kalbu. Dan jeritan sanubari makin hilang suara halusnya kerana telah letih menanggung segala yang melanda.Hanya kepada-Nya memohon sembah. Moga tetap ditabahkan hati Ujang ini.

Posted by Ujang_MD :: 5/29/2007 11:00:00 AM :: 3 Comments:

Post a Comment

Monday, May 28

HATI

Merenung mentari senja yang bergerak perlahan menukar warnanya, begitu mempesonakan. Indah cahaya merah keemasan melimpahi alam semakin beransur hilang di balik awan. Bulan seakan mengerti, lantas hadir membiaskan cahaya menawan menyuluhi malam yang kelam. Dan mentari pagi muncul lagi meninggalkan segala kisah semalam. Indah kan??
Selalu Ujang terfikir apa jua yang Ujang laksanakan adalah dijuruskan oleh hati. Perasaan yang terguris lantas mengalunkan pergolakkan rasa, adalah berpunca dari soal hati. Segalanya terletak di hati. Begitu rumit untuk dirungkaikan. Betapa besar kepentingan persoalan hati kerana dari situ bermulanya segala cerita suka dan duka. Dan kerana dari situ jua boleh mewujudkan sebuah ikatan yang perpanjangan atau berantakan di pertengahan jalan.
Seringkali Ujang terlalu ingin menjaga hati insan sekeliling agar tiada siapa yang terguris dan berkecil hati, tanpa mempedulikan hati dan perasaan sendiri walau pada dasarnya bergelodak memendam sebuah rasa dan terluka. Namun, sampai bilakah Ujang dapat bertahan mengawal segalanya itu sedangkan insan yang selalu Ujang jagai hatinya sering saja mementingkan diri malah tidak tahu menghargai?!
Adakalanya diri Ujang terlalu letih memikirkan soal menjaga hati dan perasaan insan lain. Selalu saja mengalah dan terus mengalah dengan keadaan itu, malah sentiasa mengikut sebaik mungkin setiap alunan rentak yang digerak agar emosi seseorang itu tidak tercalar. Kadangkala rela membiarkan diri sakit tersepit semata-mata kerana ingin menjaga sebuah persahabatan.
Amarah pada diri...lerai sendiri.. Perlukah dianyam tali-tali halus itu untuk di jadikan sebagai alas hamparan?

Posted by Ujang_MD :: 5/28/2007 10:40:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Sunday, May 27

KELIRU

Perasaan manusia cukup unik dan cinta manusia itu sendiri penuh abstrak. Terkadang terkeliru dalam menilai erti sebuah rindu dan kasih yang sebenar. Aneh! Mana mungkin Ujang boleh mengasihi dan merindui seseorang yang tak pernah Ujang kenal tanpa Ujang tahu siapa dirinya yang sebenar.Tapi itulah yang terjadi. Seringkali hati ini mengingatinya. Barangkali perasaan itu wujud adalah kerana keakraban antara kami, keserasian dan kemesraan yang bertahun di larik bersama melalui alam maya ini. Ya...kebarangkalian itu tetap ada kerana perasaan sebegitu tidak akan muncul dalam sekelip mata cuma.
Benarkah perasaan ini? Apakah mungkin ini hanyalah sebuah mimpi yang hadirnya di kala mata terpejam, jiwa melayang? Mungkin sang rembulan yang mengambang dan si bintang yang berkedip di suram malam turut tertawa lucu melihat keletah sukma Ujang. Ah biarkan saja tertawa itu, kerana perasaan itu bukan dusta. Ianya nyata wujud dalam jiwa, tetap ada setiap masa. Terkadang rasa rindu itu begitu kuat padanya. Adakah ini keterlaluan? Ohh itu tidak mungkin Ujang!
Hidup ini kekadang aneh bukan! Begitu jua dengan diri Ujang, sering menyatakan perkara yang sama. “Perasaan ini sesungguhnya benar wujud. Walau bukan di dunia nyata, tapi di maya ini Ujang bercakap dalam hati, berbisik dalam hati, rindu dan sayang jua di rasai dalam hati, jadi segala apa yang terluah itu adalah lahir dari hati bukan dari kepala yang boleh menipu hati” Betulkah begitu? Ah..Ujang terkeliru lagi.
Ingatlah wahai Ujang, kita hidup di dunia yang nyata, jadi berpijaklah di bumi nyata” Seringkali jua ayat itu berlegar-legar di kamar hati kecil ini. Tetapi salahkah sekiranya Ujang saling mengasihi dan merindui antara satu sama lain tanpa mengenal zahirnya secara nyata? Sesungguhnya perasaan rindu itu benar wujud dalam hati dan Ujang tidak boleh membohonginya.
Kadang-kala sesuatu yang maya itu adalah lebih baik dari yang nyata. Menyayangi dan merindui tidak semestinya Ujang memiliki bukan! Apakah ada di antara kalian yang pernah mengalami situasi yang sama seperti ini?

Posted by Ujang_MD :: 5/27/2007 07:40:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Saturday, May 26

MENITI HARI

Awan berarak mendung di langit kelabu ketika ini. Barangkali akan memuntahkan hujan ke bumi. Kalau bukan sekejap lagi, mungkin jua tengahari atau petang ataupun mungkin tiada langsung akan menitiskan gerimis nanti. Semua itu adalah kebarangkalian atau kemungkinan. Kerja Tuhan siapa yang tahu. Ujang kadang-kadang teringat sewaktu kecil dahulu, memang selalu dimarahi Makcik Zainung kerana sengaja membasahkan baju bermandikan hujan. Katanya takut akan demam nanti. Tapi teriakan Makcik Zainung tidak dihiraukan juga kerana terlalu seronok berkejaran bersama kawan yang lain. Begitulah kasihnya seorang insan yang bergelar ibu.
Walau sering memarahi Ujang, dalam masa yang sama Makcik Zainung membelai Ujang dan memberikan kasih sayang yang seutuhnya buat Ujang. Ya.. zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh dengan keseronokan tanpa perlu memikir segala kecelaruan yang menyesakkan. Sungguh Ujang rindu untuk kembali ke zaman itu.Bila menempuh alam remaja, banyak pula perkara lain yang di lalui. Terlalu banyak kenangan. Sungguh indah zaman bergelar remaja. Cinta adalah salah satu agenda hidup diketika itu. Satu cinta telah pergi, cinta yang lain pula datang mencari. Ya..ianya boleh juga disebut sebagai cinta monyet yang sering bertukar ganti. Maklumlah zaman si manis 17…hehehe. Bila hati disakiti cinta, pernah Ujang berlari menangis dalam kehujanan. Ah lucunya bila diingati saat itu.Alam remaja adalah alam yang diulit keasyikkan.
Pengaruh lain juga tidak kurang hebatnya. Kalau tidak dibendung segala perasaan, diri sendiri yang akan rugi dan barangkali tidak akan menjadi seorang manusia seperti hari ini. Alhamdulillah syukur, berkat didikan Makcik Zainunglah yang menjadikan diri ini seorang insan yang tahu untuk menjaga segala batasan walaupun iman yang ada tidak seberapa.Kini, berlalu sudah zaman remaja Ujang. Peralihan hidup ke alam dewasa rupanya lebih rumit keadaannya. Semakin menginjak usia, semakin banyak pula dugaan dan bebanan yang melanda. Gelora kehidupan semakin dirasa. Rupanya hidup tak seindah apa yang diimpikan. Semua impian yang diangankan hanyalah sebuah bayangan indah di persada awan. Aduhai..mana silapnya aturan hidup yang dirancang dulu. Kalaulah dapat dikembalikan masa itu, akan disusun sebaik mungkin segala agenda untuk melayari dunia nyata yang penuh tanda tanya ini agar episod kesudahannya disusuli dengan sinar bahagia.

Posted by Ujang_MD :: 5/26/2007 01:47:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, May 24

RATAPAN

Setiap hari Ujang pasti akan melalui perkara yang sama. Bangun di subuh hari membersihkan diri dan setelah semuanya selesai Ujang akan tergesa ke tempat kerja untuk menyempurnakan tugas yang menanti. Dari situlah keberhasilan Ujang meraup rezeki untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan yang penuh ranjau ini. Setiap hari juga Ujang didatangi dengan pelbagai ujian. Memang perit dan rumit untuk menghadapinya. Hanya ketabahan dan kesabaran yang menjadi tunjang. Tawakkal dan redha itulah penenang.
Ya..Ujang hidup di dunia ini hanyalah untuk sementara dan boleh diibaratkan juga sebagai suatu tempat persinggahan sebelum Ujang sampai ke tempat yang dituju. Bekalan perlu dicari sebanyak mungkin untuk dibawa bersama dengan harapan memperolehi tempat yang baik untuk tinggal selamanya di alam kekal sana. Insya-Allah.
Ujang selalu terfikir akannya. Apakah sudah cukup bekalan dalam mencari jalan menuju keredhaanNya? Sesungguhnya diri Ujang ini masih meraba dalam mencari sinar kasih-Nya. Terlalu banyak yang perlu dicari untuk kembali menemui-Mu wahai Tuhanku.
Bila malam semakin larut lain pula cerita Ujang. Bulan begitu indah sekali bercahaya menyuluhi alam. Kalaulah diri Ujang ini punyai sayap, ingin rasanya terbang melayang ke sana. Mungkin jua titisan embun jantan semakin rakus luruh membasahi bumi, namun masih begitu sukar untuk melelapkan mata di kala malam melabuh tirai ini.
Aduhai...cerita silam bertamu lagi untuk kesekian kalinya. Hadirnya menderu bersama desir bayu malam. Sukar untuk diusir walau dicuba berkali-kali. Datangnya tidak diundang dan perginya terlalu diharapkan kerana sememangnya ia terlalu perit untuk dikenang. Cinta itu terlalu berharga. Bertahun dipupuk bersama, tetapi dalam sekelip mata punah di bawa arus yang melanda. Ah...teramat rapuhnya nilai kasih dan kepercayaan yang diharapkan. Terlalu pedih rasa hati Ujang ini bila keikhlasan di ragui. Betapa perit bila diri Ujang dijadikan bahan fitnah pada sebuah kejujuran yang tak bertepi. Aduh sesak nafas ini dibuatnya.
Sebuah kehidupan yang nyata. Kebenaran tidak begitu mudah untuk dibuktikan walau diratapi dan ditangisi dengan airmata darah sekalipun. Hanya Tuhan yang tahu segalanya.Sesungguhnya siapalah Ujang untuk menidakkan segala takdir yang telah tersurat itu. Akhirnya Ujang terpaksa akur serta pasrah walau diri parah teraniaya. Biarlah Tuhan saja yang membalas segalanya.
Terkadang terdetik jua difikiran, alangkah baiknya seandai kisah kehidupan ini adalah seperti lakonan drama di pentas layar. Segala-galanya akan berakhir dengan episod kebenaran dan kebahagiaan. Nun di angkasa, bintang-bintang begitu cantik berkedipan. Tetapi hati ini tetap suram. Mengeluh dan gelisah dalam menanti mata terpejam. Kalaulah dapat dilaungkan pada bintang-bintang itu betapa hati meresah di kala ini. Malam semakin dingin…begitu jua hati Ujang ini..membeku sedingin salju..

Posted by Ujang_MD :: 5/24/2007 08:05:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Wednesday, May 23

BERTANYA??

Entah kemana hilangnya keceriaan. Terkadang sukar untuk menentukan sikap sendiri. Mungkin juga keadaan yang menjadikan Ujang begini. Terlalu banyak perkara yang terpendam di jiwa, tidak terluah dengan kata. Sekali perasaan terguris, mungkin pedihnya mudah dihakis. Tetapi bila berkali-kali ia dicalar, bisanya akan terus menjalar dan sukar untuk pulih kembali pada situasi asal.Betapa hidup Ujang ini tidak dapat lari dari dikelilingi oleh insan-insan hipokrit yang hanya tahu mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Beringatlah bahawa kekadang segelintir teman yang di harapkan dan sering bergelak ketawa bersama boleh menjadi sengat yang paling berbisa.
Kekadang Ujang cuba untuk memulihkan keadaan, tapi segalanya tetap hambar. Niat yang baik disalah ertikan. Kekadang pula ada dalang yang menjadi penghalang, lebih tepat lagi seperti gunting dalam lipatan. Rela menjadi penghasut demi melihat keretakan sesebuah perhubungan. Itulah dia segelintir dari sikap manusia yang sememangnya tidak senang melihat kegembiraan yang ada pada orang lain.
Ya..Ujang hanyalah watak di pentas kehidupan yang penuh dengan sandiwara. Berbagai kisah silih berganti, itulah resam dunia. Ada ketikanya Ujang gembira, adakalanya Ujang dirundung duka nestapa. Emosi juga turut berubah dengan situasi yang berbeda. Kekadang Ujang boleh menjadi seorang yang begitu ceria dan periang. Dalam situasi lain pula Ujang lah seorang insan yang paling pendiam dan mungkin juga seorang pendendam.
Ahh..kekadang Ujang malas untuk memikirkan perkara yang sebegini, tetapi tetap terfikir juga. Bosan dan benci bercampur aduk. Terkadang Ujang ingin lari dari semua ini, tapi kemana ya? Tiada jawapan yang hadir di benak fikiran yang kontang ini.


Kepingin benar Ujang untuk melontar bicara di laman ini sekali lagi, namun kotak fikiran yang sarat telah membuatkan diri ini jadi "bingung". Mungkin kerana terlalu banyak yang bersarang di ruang kepala sampaikan tidak tahu bagaimana untuk memulakan segala luahan yang ada. Tanpa sedar, mata terpejam lena, minda diulit mimpi melayang jauh entah kemana walaupun hanya terduduk di kerusi yang tidak seberapa empuknya. Barangkali keletihan atau jua mengantuk yang teramat. Kalau sudah mengantuk giler dan mata pun tidak dapat dibuka, apa yang harus dibuat untuk mengatasinya..?? Entah ler... kenapa Ujang suka sangat timbulkan persoalan?

Saat diri di landa sepi, kebosanan menjerat diri, lalu tercipta sebuah coretan yang lahir dari hati. Bila diri dilamun resah, ada hati berlagu gundah, komunikasi bisu di sini sedikit sebanyak dapat memberi ruang dan ketenangan pada diri. Adakalanya bila terbaca semula catatan sendiri, perasaan malu pula menyelinap diri. Malu yang teramat. Tapi tetap dicuba jua untuk menepis segala perasaan itu kerana hanya diri sendiri yang tahu bahawa Ujang ingin menulis apa yang Ujang mahu.Dan itu jua adalah satu kepuasan.

Bila pikir tentang bahagia seronok sekali bukan?? Ujang selalu terfikir akannya. Alangkah bertuah empunya diri seandai dapat mengecapinya. Ya..semua orang menginginkannya. Tapi apakah sebenarnya erti sebuah kebahagiaan itu, adakah ianya terletak pada kuasa, harta atau cinta semata? Apakah tanpa semua itu manusia tidak mungkin bahagia? Bagi Ujang sendiri, kebahagiaan itu adalah terletak pada ketenangan, kedamaian dan kelapangan jiwa. Selagi jiwa bercelaru dan bergelora setiap ketika, selagi itulah kebahagiaan tidak akan menjadi milik kita.

Telah Ujang cuba untuk mencari segalanya itu, namun ternyata Ujang masih tidak mampu menemuinya. Terlalu banyak perkara yang sentiasa bermain diminda. Terlalu banyak juga perkara yang bergelodak dalam jiwa. Kekadang terlalu sukar untuk melelapkan mata di kala malam kian menginjak. Adakalanya hanya mata yang terpejam tapi fikiran terus hanyut melayang mengenang pelbagai persoalan. Sesungguhnya pada yang Esa tempat memohon petunjuk dan seharusnya redha. Namun Ujang sebagai manusia, terkadang tidak dapat lari dari terus meratapi nasib yang melanda.

Posted by Ujang_MD :: 5/23/2007 08:26:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, May 22

UJANG YANG PELIK ATAU MAKCIK ZAINUNG??

Ujang tak tahulah apa nak jadi dengan diri Ujang.. ataupun Makcik Zainung. Keretakan rumah tangga kah?? Muahaha.. Dendam kesumat Makcik Zainung belum terbalas kah?? Banyak nih persoalan.. tapi bukan itu yang Ujang ingin bincangkan di sini. Malas dah!! Nih ujang tak faham betul dengan orang pompuan nih. Kadang2 pening Ujang duk pikir. Macam ni kisahnya,semalam lepas balik dari kerja seperti biasalah kan.. Ujang duk baring2 kat ruang tamu. Shakira dengan Makcik Zainung pulak duk kat tepi beranda menghala ke laut. Ujang menggeleng kepala tanda keliru dengan perangai /tabiat Makcik Zainung dengan Shakira nih. Memang sepadan bebenor mereka 2 orang. Dah spesis sama kan??

Ujang naik berbulu telinga nih dengar dia orang bersembang, Ujang tahulah, dia bukannya umpat Ujang tapi Ujang naik geram.. macam nak langgar jer belakang kereta tuh.. Muahaha.. buat lawak pulak.. Macam ni.. dia orang duk cakap dengan ISABEL ngan JOHN. Ada ker cakap dengan kucing??? Nak tahu apa yang dia cakap?? Haa.. "JOHN makang dok lagi nih??" Bukan tu sajer.. siap bahasakan diri dia MOK lagi tau.... Rasa mual tak?? Kan?? Lagi nih.. Makcik Zainung cakap lagi dengan Shakira... "Dik.. jangan beri JOHN ngan ISABEL makang nasi.. beri ikang jer sudoh.. Adik buang tulang dia pahtu peracur isi ikang".. Hmm apa kelas kucing dapat kelas pertama kan dalam hidangan layanan kan???

Ujang nak menyampuk takut.. satu lagi dah tahu dah apa yang Makcik Zainung akan jawab "Aku nyusoh ke mung ker?? ada aku guna pitih mung beli makanang kucing?"... Dah agak dah pasti ayat ini jer makcik Zainung matikan percakapan ujang. Jadi uajng pasrah jer lah.. biarlah anak beranak dua orang tuh duk main dengan JOHN dan ISABEL.. Yang pasti baik Ujang keluar rumah.. pi jalan2 itu lebih baik daripada tengok aksi pelik dia orang tuh.. Kan??

Posted by Ujang_MD :: 5/22/2007 01:06:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, May 21

MAKCIK ZAINUNG MENGAMUK

Hidup tanpa kemudahan internet memang membosankan. 2 hari ini hidup Ujang betul-betul membosankan. Internet dah dua hari buat hal.. sekarang nih baru ok. itu pun lepas reapair modem dan sebagainya. Di sebabkan oleh tahap kebosanan yang terlalu tinggi maka secara tidak langung kat rumah, Makcik Zainung mengamuk. Sebab Makcik Zainung mengamuk?? Entah lah... nak bergurau senda sikit dengan Makcik Zainung pun tak boleh dah sekarang..Emosional tak habis-habis. Makcik Zainung memang mengamuk sakan semalam.. tak terduga Ujang.. sampai ke malam Ujang takut nak balik rumah.. takut kene pelepuk dengan penyapu atau kasut.. huwaaa.....
Korang tahu lah kan?? Bila Ujang boring dan tak ada perkara yang Uajng nak buat jadi akan adalah manusia yang akan menjadi mangsa Ujang.. Si Shakira masih belum pulang dari kelas tambahan dan kat rumah pula hanya Makcik Zainung yang ada setelah penat buat keropok. Nak di jadikan cerita.. Makcik Zainung nih pi lepas JOHN dengan ISABEL berkeliaran kat dalam rumah semalam.. Ujang pun tak tersedar sebab tidur awal.. kalau tidak alamatnya dua ekor kucing dah jadi arwah dah hari ini. Semalam JOHN ada tangkap sekor tikus..Kucing siam nih dia tak makan.. cuma jadikan tikus tuh sebagi tempat nak main-main.
Jadi tikus tuh mati ler kat dalam bilik Makcik Zainung. Serius..Makcik Zainung paling geli dengan tikus dan cicak. Jadi di kesempatan ini.. setelah 2 hari di landa kebosanan... Ujang ada satu idea untuk menghiburkan hati Ujang yang Maha bosan ini. Satu lagi sebab geram.. Makcik Zainung telah melanggar syarat-syarat yang telah termaktub dalam Perjanjian antara Makcik Zainung, Ujang dan Shakira atau PERJANJIAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT. Di sebabkan Makcik Zainung dah langgar syarat jadi kena denda lah kan? Kan??? Maka dengan kejamnya Ujang ambil tikus tuh terus usik kat Makcik Zainung..
Meraung bukan kepalang Makcik Zainung.. lari lintang pukang.. dengan kain bateknya yang dah tak terurus.. Ujang terus mengusik lagi.. Makcik Zainung bertempiaran lari.. hinggalah Makcik Zainung berada di satu sudut.. dah tak dapat lari dah...Ujang terus ambil tikus tuh letak tepi kaki Makcik Zainung.. Masya-Allah.. mesti korang tak percaya apa yang telah terjadi pada Makcik Zainung.. HUWAAAA....Makcik Zainung terkencing dalam kain batek sebab geli sangat dengan tikus.. Muahahaa... Bukan itu jer.. mulut makcik Zainung nih habis terkeluar ayat yang pelik2 muahaha..Pheww puas hati..
Tapi gembira Ujang sekejap cuma.. lepas makcik Zainung mandi dan lap air kencing dia hehee. terus dia ambil kasut.. uwaa.. ujang kene plekong ngan kasut.. sedikit luka kat idung..pastu ad lagi.. Ujang kena cubit2 lagi.. korang pernah tak kene cubit kat peha?? sakit kan?? uwaa... ada lagi.. makcik zainung tak masak.. laor kebulur la Ujang... Ujang tengok muka makcik zainung macam tak puas hati lagi hehee.. Ujang tahu ada lagi dendam tuh ehhee.. so jalan selamat baik Ujang keluar dari rumah buat sementara waktu.. malam nanti baru Ujang pulang ehehee...

Posted by Ujang_MD :: 5/21/2007 11:00:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, May 20

LUAHAN RASA

Malang betul nasib hari ini.. Nak update blog tak dapat sebab line internet rumah Ujang ada problem.. Entahlah Ujang pun tak tahu apa yang tak kena. Nak kata ada bil tertunggak tak pulak.. dekat tempat kerja pun sama tetap tak dapat nak buka internet..Entah kenapa hari ini Ujang mahu bercerita tentang seseorang. Bukan Makcik Zainung.. ataupun mangkuk hayun si Shakira tuh.. tapi tentang seorang perempuan. Jeng jeng jeng… Kepala otak korang mesti duk piker perkara yang bukan-bukan kan?? Lantak ler janji Ujang nak luahkan juga.
Mesti kalian semua tahu bukan tentang Kak Red. Yeah.. sebilangan besar mengetahui tentang kewujudan beliau di muka bumi anbia ini,, hehehe. Siapa yang tak kenal kan??? Alamatnya berbelah dua lah langit kalau tak kenal dengan Kak Red nih. Entah lah.. Ujang cukup senang dengan Kak Red. Kehadirannya sedikit sebanyak membawa kebaahagian dalam diri Ujang. Seingat Ujang.. Ujang mengenali Kak Red semasa pertandingan Blogger Idol.. di situlah bermulanya perkenalan antara Ujang dengan Kak Red.
Sehingga sekarang Ujang masih lagi berhubung dengan Kak Red.. sementelah lagi.. sekarang Ujang dengan Kak Red sama-sama menjadi penaru utama dalam menyelesaikan Program BKS. Dari ditu lagi.. hubungan Kak Red dengan Ujang semakin rapat...Ujang dapat rasakan gurau senda seorang kakak dengan adiknya. Ujang tidak tahu kenapa Ujang senang dan mudah sangat bergaul dengan Kak Red.. Mungkin Kak Red seorang periang.. Mungkin Kak Red seorang yang peramah sebab itulah Ujang mudah bergaul dengannya. Ujang pun pelik, kenapa ada rasa perasaan begitu.. iaitu perasaan yang mudah di dampigni walaupun Ujang dengan kak Red tidak pernah sama sesekali......... hmmm kan kak red kan??
Walaupun Ujang selalu kena maki dengan Kak Red gara-gara Program BKS.. Ujang tetap tersenyum.. Kenapa entah hati ini sedikitpun tidak rasa terguris dengan kata-kata Kak Red.. Yang pasti Ujang pasti akan ketawa berdekah-dekah apabila Ujang kena makin hamun bertubi-tubi oleh Kak Red.. Perkataan "Lahanad" " Ngok" "Gila" dan macam2 lagi sudah Ujang lali.. sedikitpun tidak rasa kecil hati.. malahan Ujang akan tersenyum sendiri.. Lupa sekejap masalah yang membelenggu diri.
Ada ketika bila Ujang tension Ujang akan sms Kak Red.. tetapi cercaan juga yang Ujang dapat. Ada jer perkara yang timbul membuatkan Ujang dan Kak Red bergaduh.. Ujang suka keadaan macam ini.. Gaduh sambil bergurau.. cukup indah..Terus terang Ujang amat menyenagi kehadiran kak Red dalam kehidupan Ujang. Serius juga Ujang cakapkan.. di kala Ujang kesepian jika ada Kak Red dia jugalah pengubat kepiluan walaupun sms dari Kak Red berbaur SETAN!
Kadang- kadang Ujang suka menyakat Kak Red... Ujang suka sangat.. sebab Kak Red tak pernah melenting.. Bila2 masa Ujang sms pasti dia akan reply.. cuma lambat atau cepat sahaja. Walaupun muka Kak Red bengis cam singa.. walaupun perangainya macam orang gila, walau peribadinya tak tentu hala, Ujang amat menyenangi beliau.. Hahahaha. Mampus Ujang kali nih.. ehehe...
Ujang ingin berterima kasih kepada Kak Red kerana sudi meluangkan masa dan bergembira bersama Ujang walaupun dia dah ibu orang dan ada dua anak huwaaa... Kak Red.. Ujang harap hubungan kawan nih terus kekal sampai bila2 yer.. dan kegilaan Kak Red untuk muda sentiasa akan Ujang doakan selalu hehehee( tak sedor diri dah tua bangka).. Puas.. hati Ujang.. sekian!!

Posted by Ujang_MD :: 5/20/2007 10:39:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, May 17

PASRAH...

Begitu banyak cerita....antara hari- hari yang Ujang lalui terlalu banyak pengalaman yang mendewasakan Ujang, sebenarnya Ujang rasa bangga walaupun kadang- kala ada derita yang terpaksa Ujang lalui. Kerana dah semua orang tahu ini lah lumrah kehidupan. Menjadi seorang insan di bumi Ilahi terlalu menguji kesabaran. Jika dulu mungkin ,Ujang merasa tertekan tapi kini semuanya sudah mematangkan diri sendiri. Semoga akan ada satu hari nanti di mana hidup Ujang penuh dengan kebahagiaan.
Hari demi hari mengajar Ujang untuk terus berdiri sebenarnya, semuanya antara sedar dan tidak. Hidup Ujang kini lebih bererti walaupun sedikit masa lalu kehilangan.....yang teramat Ujang sayang, pada Ujang itu sudah tertulis. Setelah sekian lama melalui detik- detik pedih, Ujang bangun semula untuk kehidupan akan datang. Ujang tahu.. Ujang masih mempunyai ibu yang tetap menyayangi Ujang. Kasih Makcik Zainung pada Ujang tetap utuh walau seringkali membebel tak tentu pasal pada Ujang.. Ibu mana tak sayang kan anak?? Marah kerana sayang... itu yang Ujang cuba sematkan..
Sunyi dan sepi tapi pada Ilahi Ujang tetap bersyukur kerana ada takdirNya yang mahu Ujang berkongsi segala kegembiraan ini bersama keluarga dan teman teman. Ujang kembali pada nawaitu yang ada dalam diri ini, mahu sayang dan terus menyayangi diri Ujang sebaik mungkin dari memberikannya pada insan lain kerana Ujang tahu Ujang lebih bijak menilai diri Ujang sendiri. Biar sunyi biar sepi Ujang akan terus pendamkan di hati kerana Ujang yakin ini yang terbaik. Ujang hadir di sini mengisi ruang yang pastinya kosong dalam sebuah kehidupan. Ujang percaya langit tak selalu mendung, moganya akan hadir bintang memberi sinar untuk Ujang, InsyaAllah. Moga sinar terus begemerlapan tanpa ada sedikit pun tercalit rasa kepiluan.

Posted by Ujang_MD :: 5/17/2007 08:50:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Wednesday, May 16

SATU JALAN SATU PEGANGAN

Sudah asam garam kehidupan.. apa jua masalah pasti akan melanda. Apa yang tersurat juga pasti akan terbukti akhirnya. ujang suka lihat bayang-bayang. Indah bukan??? Asalnya bayang-bayang datangnya dari cahaya. Bila sudah ada bayang maka zahir lah diri kita.. maka di sini segala asal diri kita akan terserlah jua akhirnya. Tapi tak mahu Ujang sesekali menjadi seperti anjing dengan bayang-bayang.. Cukup takut.. cukup gementar kerana kudrat Ujang tak takkan tertanggung oleh semua itu.
Ujang cuma ada satu pegangan, Ujang rela merasai pahit dan manis hidup di duniawi ini. Yup Ujang akur sekarang. Hidup dan mati.. jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan dan Ujang jadikan ianya satu pegangan dalam diri Ujang. InsyaAllah. Sebab satu yang ujang fahami sekarang.. segala takdir Tuhan yang telah menentukan.
Ujang sekarang tengah belajar untuk menerima sesuatu yang memang Ujang tak dapat terima. Sindiran dan cacian pasti Ujang akan terima jua.. Mulut manusia siapa tahu bukan?? Sindiran dan cacian tak kat dapat Ujang tepis.. ia datang bagai angin.. namun Ujang pasti tak kan tergoncang jiwa ini kerananya.. Insya allah itu nekad Ujang.
Satu pinta Ujang.. Ujang mahu cahaya terus menyinari Ujang. Sentiasa bergemerlapan. Cahaya yang pasti nyata.. cahaya yang pasti membawa seribu kepastian. yang mana pasti akan kekal hingga ke Syurga.. Amen..

Posted by Ujang_MD :: 5/16/2007 10:59:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, May 15

ALAHAI MAKCIK ZAINUNG

Pheww walaupun penat Ujang puas hati dapat pergi ronda-ronda dengan Makcik Zainung. Sa tu hari bersama terasa sekejap sangat masa berlalu. Ujang amat riang kali ini kerana dapat bawa Makcik Zainung jalan-jalan di KL. Puas hati juag sebab Shakira tak pergi sama. Tau lah kan.. kalau ada si panyangak tu Ujang pasti akan di anak tirikan. So alhamdulillah Shakira tak ikut muahaha.. Kejam-kejam.. alasan Ujang sebab Shakira sekolah tak boleh nak ambil cuti sewenang-wenangnya. Lagipun mak ayah dia ada .. suruh lah bawak pi jalan-jalan kan??
Nak di jadikan citer.. ini ragam Makcik Zainung. Biasalah kan.. kalau naik flight ni kita mesti check ini awal. 45 minit sebelum berlepas jadi gopoh-gapah juga lah Ujang dengan amakcik Zainung pergi ke airport. Walaupun tak jauhs angat airport dengan rumah ujang namun boleh jugak basah ketiak tau.. ehhee cuaca yang panas dan hujan yang tak menentu kini. Adus!! Sampai jer sana.. pulak.. flight delay. Makcik Zainung nih tanya Ujang apa tuh "delay". Ujang cakap ler .. kapal terbang lewat sampai. Barulah faham.. Tak per lah itu boleh ler di maafkan. Semasa Ujang balik dari buang air kecil nih.. Ujang cari kelibat Makcik Zainung tak ada. Kemana pulak?? Akhirnya... adoi.. nak tahu dia pi mana?? Dia pi kat tempat counter AirAsia.. tanya kenapa lewat dan sebagainya..

Aduss.. ini lah perangai Makcik Zainung yang Ujang tak gemar nih, Tapi bila Ujang pikir semula apa yang Makcik Zainung cakapkan pada juru counter airasia tu pun ada logiknya. Ye la betul juga apa yang makcik zainung kata "untuk apa kita naik kapal terbang?? Pompuan tu diam.. Terus makcik zainung cakap lagi.."kita naik kapal terbang sebab nak cepat.. kalau macam ni lebih baik naik bus..." Hmm logik gak kan?? Terus Ujang capai tangan makcik Zainung bawa masuk ke dalam. Dalam kabin ada hal pulak makcik Zainung buat hal lagi... Di mintanya air masak dengan pramugari.. adoi.... sabar je lah.. Ujang buat tak tahu jer.. pejam jer mata.. sehinggalah sampai KL. Ujang memang penat dari LCCT terus Ujang ke KL sentral.. Mujur lah hotel kat KL Sentral tu banyak.. jadi tak lah jadi beban sangat.
Malam tu terus Ujang tidur. Esok nih awal2 pagi Makcik Zainung kejutkan Ujang nih. Pertama tempat Ujang pergi Mid Valley.. banyak juga Ujang habis... rm300 dah hangus.. nampak barang yang di beli pun bukan banyak sangat. Tapi Ujang betul2 puas tengok Makcik Zainung happy... Biarlah... sisa-sisa hidupnya yang berbaki ini lah Ujang nak isikan dengan kebahagiaan. Flight dari KL ke terengganu jam 8.05pm.... jam 6ptg Ujang dah ada kat LCCT. Ujang lihat Makcik Zainung pun puas bershopping nih. Yang Ujang geram dia beli rantai kucing untuk JOHN?? Tapi serius Ujang tak bagi pun duit untuk beli rantai tuh.. sebab?? Ujang tak suka... Sampai rumah pun dah jam 10mlm... Makcik Zainung kepenatan, Ujang pun sama.. apa lagi dua beranak terbungkang lah ehehe!!zzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/15/2007 11:14:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Sunday, May 13

HOOOREEE!!!!

Ujang dengan Makcik Zainung dah nak berangkat.. Hehehe pergi makan angin balik hari nih.. Matilah habis pokai nanti... Makcik Zainung demi mu Ujang sanggup buat apa sahaja.. I love u so much.. Dah lewat nih.. flight pukul 9.20pm.. Kak Red thank you coz sudi tolong publishkan komen BKS. Kalau Makcik Zainung tak banyak cekadak.. i will contact you Kak Red.. Yahoo.. im happy.. Jumpa kalian hari Selasa!! Akum.. Bye!!

Posted by Ujang_MD :: 5/13/2007 08:29:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

SELAMAT HARI IBU MAKCIK ZAINUNG

Gembiranya dapat menyambut Hari Ibu.. walaupun Ujang segan nak cakapkan sesuatu pada Makcik Zainung.. namun terbit jua tadi kata maaf andai Ujang ada terkasar bahasa dengannya selama ini. Alangkah indah lagi.. semasa Ujang nak turun pergi kerja.. Makcik Zainung bagi kucupan di dahi Ujang. Sentuhan ibunda tercinta memberi semangat baru untuk Ujang... Tak tergambar dengan kata-kata betapa riangnya Ujang dikala mendapat ciuman mesra itu. Bibit-bibit senyuman jelas tergambar di wajah makcik Zainung.. yang pasti kata-kata ini pasti tidak lekang dari mulut makcik Zainung "Bawak motor tu biar selor..".. Hari ini Ujang ikutlah kata2 ibunda nih..
Walaupun Ujang tak dapat nak berkata sesuatu pada makcik Zainung tapi biarlah Ujang mengarangnya sahaja untuk melepaskan apa yang terbuku di dalam jiwa Ujang ini.. Perasaan malu masih kuat menghantui. Biarlah ujang lepaskan di dalam blog ini.. agar rasa terbuku dapat di keluarkan jua. Walaupun Makcik Zainung tak mengetahui apa yang tersirat ini.. namun biarlah coretan ini menjadi warkah yang paling berharga buat diri Ujang bersamanya.

Buat Mok Yang Ujang Sayang,

Selamat Hari Ibu MOK..... Mula-mula sekali Ujang nak sangat ucap terima kasih kerana membesarkan Ujang selama ini. Memberikan pendidikan yang sempurna untuk diri Ujang. Memberi makan pakai yang secukupnya untuk menampung kehidupan Ujang. Makcik Zainung lah ibu dan Makcik Zainung juga ayah bagi Ujang. Banyak perkara kita kongsi bersama kan Mok?? Gembira, tawa, sedih.. semua kita lalui bersama.. sebab ujang dah tak de siapa kat dunia selain Mok.

Adanya Mok di sisi Ujang sudah cukup buat Ujang gembira. Ujang tahu kadang-kadang kita ada perselesihan faham. Ujang akui memang segala kesilapan Ujang yang lakukan tapi Mok tetap tak pernah membenci Ujang bukan?? Mok tetap sayang Ujang kan?? Mok pernah cakap yang Mok tak de orang doh nok bermanja selain dari Ujang kan?? Mak ingat tak lagi mak cakap ayat itu ketika Ujang kecik hati dengan Mok?? Ujang pun begitu Mok... Ujang pun sayang sangat kat Mok.. Ujang kadang2 menyesali dengan tingkah-laku Ujang terhadap Mok. Banyak kan dosa Ujang dengan Mok?? Ujang nak minta maaf banyak2 andai Ujang pernah melukakan hati Mok..
Mok ingat tak lagi.. masa Ujang kecik2 dulu...Hidup kita susahkan Mok?? Nok makan pun susah kan??

Hidup kita dulu memang perit sejak di tinggalkan oleh Ayah kan?? Mok Ujang kagum dengan kekuatan Mok sebagai seorang wanita. Im proud of you... u re my IDOL MOM. Ujang teringin sangat nak jadi macam Mok... jadi seorang yang penyabar. Ujang kagum dengan Mok walaupun di gantung tak bertali sampai sekarang oleh Ayah, Mok tetap gigih besarkan anak-anak.. Apa pandangan orang terhadap Mak katup telinga kemas-kemas. Terima Kasih mok.
Tapi itu dulu kan mok?? Sekarang hidup kita dah stabil kan?? Hasil dari usaha gigih Mok besarkan ke enam-enam anak seorang diri dengan membuat keropok. Terima Kasih sekali lagi.
Ujang amat bangga menjadi salah seorang anakmu Makcik Zainung.. akan Ujang tumpukan sepenuh perhatian padamu.. Kasih sayang yang bersisa ini juga tetap untukmu.. Maafkan Ujang andai diri ini banyak menyentuh hatimu. Esok Ujang dah janj dengan Mok nak bawa Mok jalan-jalan.. Akan Ujang ceriakan hari tersebut. Pasti. Selamat Hari Ibu!!

Posted by Ujang_MD :: 5/13/2007 11:29:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, May 12

DESTINASI

Seronok betul bila dapat tenangkan fikiran di tempat2 peraginan.. Semalam Ujang berkelah di Hutan Lipur Lata Tembakah.. Hajat dihati mahu pergi mandi-manda seorang diri tapi cucu kesayangan Makcik Zainung pula terkedek-kedek mahu ikut.. Lagi menambahkan beban.. kawan-kawan Shakira sekali turut serta join. Itu pun siapa lagi yang bagi idea kalau tak makcik zainung. Tau apa yang Makcik Zainung cakap.. Dia tak caya kalau Ujang pergi berdua sahaja dengan Shakira.. Korang pun tahu lah kan?? hhehehehe Ujang memang tak leh duduk berdua dengan budak bertuah tuh.. Pasti nangis punya Shakira...
Jadi berangkatlah Ujang ke Besut. 5 orang kesemua pergi.. yang pasti pasti Ujang bankrup kene sponsor semua anak orang uwaa... Tapi yang menggembirakan Ujang Makcik Zainung sudah siapkan semua makanan untuk perkelahana Ujang kali ini. Tempat untuk bakar ikan pari Makcik Zainung dah belikan.... Banyak juga makcik Zainung sediakan.. dengan ikan kerapu, ikan cencaru, pari dan juga ayam.. pheww.. best nanti bakar nih. Apapun yang nih dah selamat modal muahaha.. Ujang dah janji dengan Makcik Zainung 13may nih Ujang nak ajak makcik Zainung pi shopping.. Dah lama tak berbelanja untuk makcik zainung untuk hari ibu ini...

Nak dijadikan citer nih.. Shakira memang betul2 keturunan makcik Zainung la.. Boleh lagi dia warning Ujang time Ujang tengah drive.. "Pok Su, kita kabo ke Tok, Pok Su dok singgoh Sejid mayang jumaat".. Ada ke patut kan?? Malu ye lah satu ngan depan kawan2 dia... Tau lah dia orang masih budak2.. yang pasti Ujang nih yang tua ingatkan budak2.. nih terbalik.. Ujang apalagi terus hangin la..."Mu nok Pok Su lepor mu luar ker?? Kalau takmboh duk diam.. kang aku balik kang".. Hehehe terus diam.. korang tahu??? Shakira bawa JOHN sekali.. jahanam tak?? Ujang dah dapat idea nanti nih.. kat sana nanti ada lah plan jahat muahahaa. Sampai sana macam biasalah perkelahan macam biasa.. Tapi yang hampes nya niat jahat Ujang tak kesampaian sebab Shakira bawa sekali JOHN.. macam tau2 jer dia....
Namun Ujang puas berada di sana.. seronok.. hilang semua masalah bila memandang pemandangan yang begitu indah.. penuh danau kehijauan.. jauh dari kesibukan kota.. tenang.. amat tenang...

Posted by Ujang_MD :: 5/12/2007 04:55:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, May 10

KU LAGUKAN..

Tadi malam Ujang ke pantai, seingat Ujang dah lama juga Ujang tinggalkan pantai. Masa di rundung duka, pantai jadi teman setia, di situlah biasanya Ujang mengulangkaji. Ujang tenang sangat di pantai. Tapi sejak akhir-akhir ini, pantai bukan lagi teman setia. Yang ada cuma teman sepanjang perjalanan. Waktu pagi pantai di kiri Ujang, waktu petang pantai di kanan Ujang, begitulah seharian.
Pernah juga Ujang rungutkan, bosannya setiap hari lihat pantai tapi Ujang tahu pantai tak pernah merungut melihat Ujang setiap hari melalui jalannya. Pantai pasirnya putih. Bersih. Tadi Ujang ke pantai tapi sebelah malam, hanya bertemankan bulan. Di situ Ujang lihat ada sinar malam terus menusuk ke tengah lautan. Ujang tidak seorang. Di sisi Ujang ada kenangan. Di pantai inilah Ujang meluahkan segala perasaan. Suka, duka, terkilan dan segalanya. Di pasir pantai Ujang corakkan semua rasa dendam, ketidakpuasan dan kesengsaran dalam Ujang menghadapi ujian.
Sepuas-puasnya Ujang dah berbisik pada pantai, lihatlah Ujang yang sedang diuji. Suara Ujang perlahan tapi Ujang yakin pantai mendengar keluhan Ujang. Deruan ombak terus memukul pantai seolah olah mengerti dan simpati. Hati Ujang tersenyum, ada kelapangan di dada. Setiap masa yang berubah ada ketentuan dan Ujang sebagai manusia perlu banyak mengakui kekuasaanNya. Jawapan yang pasti Ujang terima dari pantai.. redhalah manusia.. Tersenyum Ujang sendiri...

Posted by Ujang_MD :: 5/10/2007 11:48:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Wednesday, May 9

KASIHKU SINAR..

Hari ini Ujang rasa amat bahagia. Ujang dengan Makcik Zainung terasa seakan amat rapat. Ujang suka saat ini.. Ujang tak mahu andai saat ini berlalu pergi. Semalam kebahagian kembali datang menjengah kehidupan Ujang. terus terang Ujang cakapkan.. hidup Ujang sudah cukup bermakna jika Ujang dengan Makcik Zainung senantiasa bersama. Kerana Ujang tahu tiada lain yang dapat berkongsi suka duka dengan Ujang. Tiada lagi orang yang mampu berikan kasih sayang kepada Ujang kecuali Makcik Zainung. Suka duka.. gelak tawa bersama... cukup menghiburkan hati Ujang semalam. Indah Ujang rasakan..
Lagi akan menggamit memory bila Makcik Zainung buat kek coklat 2 biji. Entah kenapa hati ini mahu bergurau dengan Makcik Zainung. Dah lama Ujang tak kacau makcik Zainung.. dengar leteran.. tengok gelagat makcik Zainung mengamuk. Tapi semalam Ujang dapat itu semua bilamana Ujang makan hampir separuh kek coklat yang makcik Zainung buat untuk diberikan pada kawannya.. Hmmm Ujang suka.. walaupun kena marah.. cukup indah walau kena belasah teruk dengan makcik Zainung.
Betullah kata kawan siber Ujang, Ikmal.. terima kasih Ikmal di atas warkahmu... Ujang amat berterima kasih.. menyedarkan Ujang dari lamunan.. terima kasih.


Click Image For Preview

Posted by Ujang_MD :: 5/09/2007 12:25:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, May 8

YANG BERLALU

Jauh semakin jauh, itu yang Ujang rasa, mengira hari bagaikan mengira bintang di dada langit malam. Tambahan pula malam ini hujan, seolah olah mengerti menangisi nasib insan seperti Ujang. Letih sangat malam ni. Penat bekerja seharian. Ujang tahu Ujang tak mampu bergantung pada sesapa tapi hati Ujang kecewa sangat dengan kepercayaan yang Ujang berikan pada orang lain. Mungkin murah sangat harga sayang Ujang. Tapi sekurang-kurangnya Ujang jujur pada diri Ujang sendiri , menyayangi dengan setulus hati.
Masa berlalu dan Ujang masih di sini, melihat kenangan- kenangan yang tertinggal, banyak sungguh dugaan dan cubaan dalam hidup Ujang namun Ujang bersyukur setiap yang berlaku darinya membuatkan Ujang belajar dari kesilapan dan kekurangan cuma Ujang rasa terkilan dengan sikap manusia manusia yang hadir dalam hidup Ujang seolah olah tidak mampu melihat harga sebuah perhubungan, harga sebuah kasih sayang yang terlalu indah ini. Menginsafi kejadian Ilahi, Ujang cari cahaya biar malam kelam kerana Ujang tahu di satu sudut telah tersedia untuk Ujang bersyukur pabila masanya tiba. Ya Allah Ya Tuhanku, telah Ujang terima semuanya. Harapan jauh di hati ini semoga akan ada sinar yang Ujang harapkan.
Ujang mungkin kalah untuk meninggalkan setiap kenangan yang telah tercipta. Semuanya masih terasa baru, terlalu segar di ingatan. Entah sampai bila Ujang harus begini. Melihat masa silam dan mengubah perjalanan kehidupan. Mengapa harus diambil perasaan orang, satu hari nanti setiap perbuatan pasti akan ada balasan….

Posted by Ujang_MD :: 5/08/2007 09:22:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, May 7

NEW BLOG!!

Sekarang Ujang ada sediakan kemudahan untuk para Blogger mengubah design blog. Banyak design-design terkini Ujang sediakan untuk Para Blogger. Semua coding dalam bentuk HTML code. Sila layari http://designlayout.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Kehidupan. Satu tempoh ujian yang susah untuk Ujang terangkan bila Ujang melalui rasa suka dan bila Ujang melalui masa duka. Yang pastinya, Ujang melaluinya tanpa diketahui bila datang dan pergi. Dan Ujang antara insan terpilih untuk menerima ujian ini. Satu ketika Ujang merasakan hidup ini terlalu indah buat Ujang dan pada satu ketika lagi Ujang bagaikan mahu dilahirkan semula untuk menempuhi segala yang positif sahaja dan Ujang sedar ianya bukan satu ‘mimpi’ yang baik.
Ujang suka belajar dari pengalaman insan lain. Ujang cuba memahami, Ujang cuba melalui untuk keperluan diri Ujang sendiri tapi secara jujurnya Ujang masih gagal membawa diri. Ujang masih punya daya untuk tersenyum, sekurang kurangnya pada mereka yang ada di sekeliling Ujang kerana tanpa semangat mereka Ujang tak mungkin terus di sini.
Hari demi hari Ujang kongsi segala kasih dan sayang yang ada dalam diri Ujang dengan harapan kasih dan sayang yang Ujang taburkan itu akan kembali pada diri Ujang…ianya kembali tapi hanya untuk sementara kerana kasih tak lama. Biar berjuta tahun sekalipun Ujang gembira, ianya mudah terhapus bila sesaat Ujang berduka. Setiap kali diziarahi rasa kecewa, Ujang sembunyikan dengan hilai tawa. Namun jauh di sudut hati Ujang, tak ada sesiapa yang mungkin dapat membacanya.
Biarlah Ujang hadiahkan senyuman pada semua, sekurang kurangnya Ujang melakukan sesuatu untuk kebahagiaan insan lain. Bila rasa sunyi begini, Ujang teringat pada mereka yang mencuri hati dan membawanya pergi. Mereka pergi tanpa ada sedikit rasa belas untuk Ujang. Bila difikirkan…kejamnya manusia! Ujang mahu terus hidup, Ujang tahu Ujang punya semangat untuk itu. Ujang mahu terus berdiri bukan tidur diulit mimpi.
Ini bukan coretan biasa tapi catatan kehidupan dari hari hari suka melangkah penuh duka. Hari ini bukan semalam untuk diuliti rasa pedih dan sedih. Teman, doakanlah agar hidup Ujang ini terus disinari cahaya kebahagiaan kerana Ujang tahu selama ini Ujang disatukan dengan rasa keikhlasan dalam persahabatan yang tak mampu dilihat mata tapi bisa dirasa jiwa.

Posted by Ujang_MD :: 5/07/2007 07:03:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, May 6

KESAL....

Ujang suka bermain dengan perasaan. Semalam Ujang renungkan sebuah hubungan ibu dan anak. Entah kenapa hati ini di rundum duka bila mengenangkan hubungan tersebut. Ujang berdosa lagi kali ini... Dengan Makcik Zainung yang Ujang cintai. Gara-gara kesalahan kecil Ujang sendiri Ujang mengikut nafsu melawan cakap ibunda yang Ujang segani.. Ujang menyesal kini... namun benarlah kata-kata ini "telajak perahu boleh di undur, telajak kata buruk padahnya".. Kini nasi sudah menjadi bubur... menyesal pun pasti tak berguna lagi.
Ujang kekadang tak suka dengan sikap Ujang yang gitu pemarah bila ditegur. Ujang akui.. kalau memang kesalahan Ujang yang lakukan pasti ujang akan berdiam diri.. namun kalau itu memang nyata bukan kesalahan Ujang pasti Ujang akan tegakkan kemudi. Semalam Ujang dapat pengajaran lagi.... Ujang rasa Ujang nih kekadang bodoh kerana tak dapat kawal perasaan diri.. Kalau nak di fikirkan.. pengalaman mendewasakan seseorang.. tapi Ujang ??? Bodoh betul kan?? Bila dah buat sesuatu perkara yang menyakitkan hati.. baru terasa menyesal..

Dah berapa kali perkara yang sama terjadi.. namun Ujang tak pernah serik.. Pasti Ujang lakukan lagi.. Ujang tertanya-tanya sampai bilakah Ujang harus begini.. menyakiti hati Makcik Zainung. Ujang sayang Makcik Zainung.. tapi kenapa Ujang selalu lawan cakap dia??? Persoalan tersebut selalu muncul dalam benak fikiran Ujang.. tapi kenapa Ujang masih lakukannnya??
Makcik Zainung selalu menitiskan air mata kerana Ujang.. berkcil hati dengan tingkah laku Ujang mungkin.. Terus terang Ujang menyesal.. tapi kenapa Ujang masih lakukan perkara yang sama?? Ujang sedih melihat Makcik Zainung. Riak wajahnya melihatkan betapa kecewanya dia pada ujang.. Garis2 kedut juga seakan menggambarkan betapa luluhnya hati seorang ibu.. Ujang kesal.. kesal... tapi..Arghhh.. serabutnya,...
Ya-Allah berikanlah kekuatan pada Ujang untuk teruskan kehidupan ini. Berikan jalan yang terang untuk Ujang meneruskan kehidupan yang penuh ranjau ini. Kerana Ujang tahu.. di dunia ini hanya seorang yang Ujang ingin bahagiakan hidupnya selagi dia ada.. Makcik Zainung.. ibunda tercinta Ujang... Maafkan Ujang Mak.........

Posted by Ujang_MD :: 5/06/2007 11:16:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Saturday, May 5

ARAH MANA...

Bila hidup tanpa hala tujuan rasanya baik tak perlu teruskan kehidupan. Bukan Ujang mahu tangisi atau ratapi apa yang pernah berlaku pada diri Ujang. Ujang tahu kenangan tetap akan tinggal kenangan. Jauh di sudut hati ini ingin sesekali jua Ujang mahu lari dari kenangan yang selalu berada di pekung dada. Tapi ternyata sekali amat susah bilamana kenangan lalu terjadi pada diri Ujang semula.. Masa ini lah tercetus kenangan lama secara automatiknya. Kekadang perkara yang tak sengaja pun boleh terjadi.
Semalam Ujang menurut kata hati.. Ikut gerak kaki kemana Ujang mahu pergi. Hati ini mahu terlepas dari kenangan yang mengusai diri namun tetap rumit untuk Ujang jauhi. Ujang bangun agak awal, niat dihati ingin jongging terlaksana.. akhirnya puncak Bukit Besar dapat Ujang tawan.. Mungkin Ujang yang pertama sampai kerana Ujang turun jongging begitu awal.. jam 6pagi. Indah nyaman bila berada di puncak bukit.. Ujang rasa sangat tenang melihat pemandangan di bawah.. Melihat kota yang makin pesat.. melihata cakarewala ciptaan Tuhan memenuhi sistem suria. Indah sungguh.. bila melihat mentari terbit.. dapat Ujang rasakan kebesaran Tuhan.. Ujang dapat lihat gunung-ganang... kabus2 pagi yang begitu nyaman,.. Oh.. Ujang sedut dalam2 udara segar.. Oh Tuhan.. Nikmatnya pemberianMu ini..
Lama Ujang tenung alam ciptaan Tuhan... cukup romantis sekali.. terdengar kicauan burung menggamit telinga yang sunyi.. Ujang suka berkongsi masalah dengan alam.. Mungkin nampak gila bukan?? Cakap seorang.. tapi itulah Ujang.. Ujang rasa seakan alam memahami penderitaan Ujang.. Ujang pula berasa puas bila luahkan apa yang terbuku di dalam dada ini. Kekadang masalah tidak kita dapat selesaikan dengan perbuatan.. sebab itulah Ujang lebih suka bercakap dengan alam.. Walaupun tiada jawapan yang diberikan.. hanya timbul persoalan di benak fikiran Ujang tetapi Ujang rasa amat puas....
Ujang tak tahu kemana kaki ini ingin melangkah pergi.. Ujang ikutkan kata hati.. stereng kereta pula yang menjadi ukur pandu kepada Ujang. Sambil bawa kereta Ujang suka bercakap seorang diri.. menyanyi... ketawa.. girang.. gembira.. semua terkeluar perasan itu. Akhirnya ke Thailand Ujang pergi. Ujang ingin masuk kedalam namun hati ini memberontak tidak mahu.. Banyak kenangan manis Ujang di sana.. Cukup manis..

Ujang tak mahu ingati kenangan manis yang telah menjadi sejarah dalam hidup Ujang itu. Cukuplah Ujang melihat di sekitarnya sahaja.. Lama Ujang termangu disitu.. Kelibat orang lalu-lalang langsung Ujang tidak endahkan.. Biarlah.. Mereka semua tidak tahu perasaan Ujang... biarlah.. Hanya diri ini yang mengetahui dan diri ini juga yang menanggungnya. Mesti Ujang gila bukan.. memikirkan perkara yang sudah menjadi kenangan.. Cukup susah sebenarnya Ujang mahu lupakan.. Jiwa ujang kacau....Ujang lebih suka bermain dengan perasaan daripada bermain *** uwaa..... hheheehehe.. Apapun cukup seronok meronda tanpa hala-tuju ini... begitu indah sekali....

Posted by Ujang_MD :: 5/05/2007 11:32:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment

Thursday, May 3

BERLALU SUDAH..

Tiada apa yang ingin Ujang catatkan di sini cuma sekadar ingin menenangkan hati. Di sini segala kedukaan dapat Ujang pancarkan, segala yang mendukacitakan mampu berubah kepada keceriaan. Masa yang ada Ujang renungkan seketika perjalanan lalu yang telah Ujang tempuhi, seakan bersalah pada diri sendiri. Andai ada satu permintaan yang mampu Ujang perolehi dengan kuasa keajaiban, pastinya Ujang pohon untuk kembali pada usia keanak-anakan. Di sanalah Ujang mengorak langkah mencipta diri Ujang sendiri. Namun Ujang tahu impian itu adalah angan-angan kosong yang tak mungkin Ujang perolehi.
Bukan Ujang kesal dengan kehidupan yang Ujang punya sekarang ini namun Ujang mahu menjadi lebih baik dan baik, sekurang-kurangnya menjadi yang terbaik untuk diri Ujang sendiri. Ujang kasihankan diri Ujang, selama ini Ujang telah banyak mengabaikan diri Ujang hanya kerana melihat insan-insan di sekeliling Ujang. Dan bila sampai pada satu tahap kehidupan lalu Ujang mula sedar bahawa Ujang telah tersasar jalan. Ujang sendiri tidak mengetahui sebanyak mana usia Ujang yang tertinggal namun dengan baki inilah Ujang cuba memperbaiki segala keadaan, jauh dari dalam sudut hati Ujang berdoa akan ada masa yang secukup dan sebaiknya untuk Ujang melangkah sehingga Ujang tahu tanggungjawab yang tergalas ini langsai sudah.
Bukan mudah untuk mengisi segala kekosongan yang ada dalam jiwa tapi Ujang mampu berusaha andai itu yang Ujang mahukan. Kalau diingatkan kembali telah banyak masa yang Ujang biarkan kosong tak terisi, sayangnya detik yang Ujang biarkan begitu saja. Sebaik langkah, hargailah apa saja yang ada di dalam kehidupan ini, semuanya bererti, ianya tak diciptakan sekadar memenuhi keinginan malah ianya adalah pelengkap kehidupan!
Yang pastinya hidup Ujang di dunia tidak bersendiri. Jika kekosongan yang Ujang rasakan, itu adalah khayalan. Ujang sebenarnya punya ruang untuk menghayati segala yang terindah dalam kehidupan cuma Ujang yang menyekatnya tanpa Ujang sedari. Ujang sedar Ujang hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha dan memohon dariNya untuk melalui kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Mujurnya Ujang masih punya azam yang utuh biarpun ada kalanya Ujang bagaikan insan lumpuh tapi Ujang percaya semua ini berlaku punya musabab yang tersendiri.
Sepanjang hidup yang pernah Ujang lalui, dalam tempoh itu terlalu banyak kejadian yang berlaku hinggakan ada ketikanya Ujang bertanya pada jiwa 'inikah dunia?'. Tiap hari Ujang pasti belajar tentang sesuatu yang baru. Ujang juga banyak belajar dari membaca. Sebenarnya dunia blogging ni banyak mengenalkan Ujang dengan pelbagai jenis manusia yang punya pengalaman masing-masing. Ujang jadi teruja dengan setiap pengalaman baru yang Ujang baca, sekurang-kurangnya ada yang mampu Ujang jadikan kekuatan untuk Ujang teruskan kehidupan.
Kebelakangan ini Ujang banyak belajar tentang sikap manusia. Kekadang Ujang serius nak ketawa bila melihat manusia yang sanggup berpura-pura semata-mata untuk menegakkan kebenaran diri padahal yang terbukti depan mata yang mereka ini sememangnya bersalah, satu lagi yang jenis memutarbelitkan kata-kata, akhirnya yang terjerat diri sendiri, kesian sangat! Andai diberi kuasa, Ujang mahu menjadi manusia yang paling jujur, berkongsi segala apa yang ada di dalam jiwa namun bukan semua yang mampu Ujang suratkan di sini.

Medan ini terlalu indah untuk Ujang, segala yang kusut Ujang leraikan di sini namun bukan semua yang Ujang warkahkan di sini dapat dipandang positif, Ujang sedari tentang itu. Yang paling nyata, Ujang puas kerana di sini Ujang mampu meredakan segala kusut, sekurang-kurangnya sebahagian dari cara melepaskan tekanan. Untuk semua yang barangkali 'tersinggah' di 'blog' ini, terima kasih kerana kalian sudi membaca segala apa yang tersirat di jiwa Ujang.

Posted by Ujang_MD :: 5/03/2007 08:24:00 AM :: 3 Comments:

Post a Comment

Wednesday, May 2

HANYA DIRIKU YANG TAHU..

Biar apa juga yang Ujang lakukan dalam hidup Ujang, akhirnya Ujang kembali pada diri Ujang sendiri. Biar di mana sudut sekalipun, hanya Ujang yang memahami dan menerima segala yang ada dalam diri Ujang sendiri. Itu yang Ujang alami saat ini. Jauh Ujang berfikir meneliti setiap kejadian yang melalui hidup Ujang seharian. Kadangkala Ujang merasa terlalu bosan dengan semuanya, seolah tiada apa lagi yang dapat Ujang miliki jika ianya hanya menyakiti hati insan lain.
Ini diri Ujang, seorang insan yang terlalu menyayangi, terlalu menghargai, terlalu mengasihi. Ujang bangga dengan apa yang Ujang ada ini : anugerah Allah yang terlalu bahagia Ujang rasakan. namun bukan mudah untuk Ujang miliki segala ini. Mengapa semua sifat ini perlu ada pada Ujang jika tidak dihargai sebaiknya? hanya Ujang yang tahu.

"Rugi rasanya setiap hari hidup dalam kesedihan tapi itulah kehidupan, sedih dan tawa sentiasa ada di mana-mana. semua itu senantiasa mengekori Ujang. Itulah juga yang mewarnai hidup Ujang kini. Terkadang dalam hidup ini sering kali juga Ujang bertemu dengan sesuatu yang tidak mampu Ujang ungkai dan cari jawapannya biarpun sebagaimana keras berusaha, Ujang tidak mampu untuk menidakkannya dan kini Ujang menerima segala takdir dengan reda cuma kerana ada batasan ugama menyebabkan Ujang tidak berani melangkah jauh, siapapun dan bagaimana hinanya diri Ujang, Ujang tetap makluk Allah. terlalu kerdil Ujang ini sebenarnya."

Ujang suka sangat baca berulangkali tiap baris kata itu, Ujang renung jauh ke dalam perasaan, Tanpa Ujang sedar Ujang mengeluh sendirian. adakah Ujang sudah kembali dalam situasi ini barangkali sedikit berbeza namun Ujang bersyukur kerana saat ini Ujang punya peneman hati yang senantiasa ada tapi dia mungkin kesunyian seorang diri melalui hari-harinya sendiri, siapa tahu? Seberat mana sekalipun mata yang memandang tak terpikul beban di bahu insan yang diuji Tuhan.
Ada ketika Ujang sendiri terasa bagai mahu lari jauh dari alam nyata tapi Ujang tiada arah sebenarnya. Mungkin yang terdetik itu adalah pujukan syaitan durjana. Ujang sedar sejauh manapun Ujang pergi yang Ujang niatkan mahu lari dari segala masalah, ianya tetap akan ada!
Hidup ini indah sebenarnya, pujuklah diri untuk warnakan sebaik mungkin dengan warna-warna yang kita miliki sendiri, moga akan terhasil satu lakaran yang bukan saja indah dalam hidup tapi untuk semua yang menumpang sementara di alam semesta ini, insyaAllah.

Posted by Ujang_MD :: 5/02/2007 01:13:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, May 1

INGIN SEKALI..

Saban hari Ujang berusaha mencari segala yang terindah dari dalam diri Ujang sendiri untuk Ujang hadiahkan pada insan lain, terutamanya untuk insan yang Ujang sayangi. Semua yang Ujang kongsi adalah yang terbaik dari Ujang agar insan itu dapat senantiasa merasakan kebahagiaan dalam hidupnya namun seumpama lilin yang terbakar membunuh diri - itulah Ujang.
Puas sudah Ujang tangisi, puas Ujang ratapi dengan apa yang terjadi tapi belum ada makna pada diri yang memandang kerana Ujang menyimpan segala rasa di dalam ini - hati. Belum habis Ujang berfikir tentang ketentuan perjalanan kehidupan, apakah Ujang bertuah di sini atau akan terus merasa terbeban hanya kerana memikirkan tentang perasaan yang kadangkala tenang bak memandang hamparan lautan luas dan kadangkala berkecamuk bak sesat di hutan yang tiada jalan pulang.
Sampai saat ini, belum ada damai di hati. Ujang akan terus berlari mencari di mana letaknya kaki langit agar bisa Ujang daki dan diam di awan biru melihat kehidupan di bawah sana yang penuh palsu. Saat itu, jangan ditanya ke mana hilangnya Ujang kerana jawapannya ada pada kamu. Sesekali pandanglah Ujang di sini, selagi Ujang masih di sini.

Posted by Ujang_MD :: 5/01/2007 08:56:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.