"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, November 30

Harapan....

Hari ini tamatlah bulan November, dan hari yang Ujang nantikan.. Malam nie Ujang akan jumpa Sal. setelah 2 bulan tak bersua muka.. Tak sabar rasanya. Teringat Ujang kata-kata Makcik Zainung.." Hidup itu indah. Jadi kita harus ceria. " Yup.. Mak....Garis hidup menetapkan terjal landainya jalan yang harus dilalui tiap manusia. Hidup ini permainan saja. Yang kadang peraturannya terlalu rumit untuk dimengerti dengan instant. Hidup ini permainan saja. Tetapi, menghadapi kekalahan di dalamnya juga menyesakkan dada. Kerana hanya pada sekeping semesta inilah manusia memiliki erti. Tiap yang ditiupkan padanya roh memiliki perspepsi tersendiri untuk memenangi kehidupan.

Tapi hati ini tetap rasa keresahan.. entah mungkin Ujang banyak dosa kut...!! Semalam tanpa dapat melelapkan mata dengan tenang, Ujang diserang keresahan yang berpanjangan lagi... Mungkin tak sabar nak jumpa si dia kut.. entah lah... Ujang cuba melupakan tetapi masih tetap jua terbayang. Ujang halau dengan sisa ketabahan tetapi tetap datang….. memenjarakan jiwa Ujang dalam keresahan dan kekesalan. Sesungguhnya perasaan ini lebih berat daripada menampung seguni pasir yang diletakkan di dada.. Sungguh... kalau Ujang tak der agama.. baik mati sajer...!!!

Bagaimana Ujang harus menyatakannya. Terlalu banyak rasa yang telah Ujang simpan. Terlalu banyak duka yang Ujang pendam. Biarlah semua itu menjadi nadi hidup Ujang. Kerana untuk menyatakannya….. Ujang perlu melukakan semula hati Ujang yang telah tersedia pedihnya. Atau mungkin kepedihan itu akan kembali membunuh senyum Ujang??? Akan terjawab bila Ujang bersua muka dengannya nanti...

Dan kehidupan ini tidak akan terhenti pada detik dan saat-saat manis seperti ini. Ia akan berlangsung juga dan ujian demi ujian yang akan terus memburu setiap insan selagi bernyawa. Hingga kadang-kadang kebahagiaan yang hadir hari ini belum pasti berterusan seperti mimpi yang pernah menghias malam. Hingga kadang-kadang derita dan kesusahan yang melanda hari ini tidak akan berterusan seperti mimpi yang mengerikan lena pada dingin pagi hari. Pertemuan….. menghadiahkan kita kasih sayang. Jika cintanya satu, pasti bertemu. Ia tak ternilai.

30 November 2006
Tunggulah..... sayang akan faham juga nanti.
Sayang akan faham juga nanti apa yang ada di dalam hati ini.
Jangan sayang cuba lari dari kenyataan ini
Kerana cinta kita bukan ilusi....

Posted by Ujang_MD :: 11/30/2006 10:34:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.